Nur

Doa Adik Beradik Boleh Diamalkan Setiap Hari, Semoga Sentiasa Bawah LindunganNya

7
SHARES
DOA ADIK BERADIK

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan doa adik beradik yang boleh diamalkan setiap hari supaya kekal harmoni dan di bawah lindungan Allah SWT.

Walaupun berjauhan, ia bukan penghalang untuk terus mengingati insan tersayang di dalam doa. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Doa Agar Terhindar Dari Sasaran Fitnah Orang Zalim, Baca Setiap Hari…

DOA ADIK BERADIK UNTUK DIAMALKAN AGAR KEKAL HARMONI

DOA ADIK BERADIK

Banyak sungguh kenangan masa kecil bersama adik beradik. Makan sepinggan, tidur sebantal, gaduh-gaduh kemudian baik semula dah beribu kali.

Kena rotan berjemaah dengan mak ayah antara yang manis bila diingati. Mulalah dia salahkan dia, dia salahkan dia. Masing-masing nak menang sendiri. Maklumlah, budak-budak berhingus lagi tapi mereka tetap selalu di hati.

Terdapat satu doa adik beradik boleh dibaca agar hubungan kekeluargaan kekal harmoni dan urusan ahli keluarga dipermudahkan.

“Ya Allah, lindungilah adik beradikku dan keluarganya walau di mana mereka berada. Ampunilah dosa mereka, lancarkan rezeki mereka. Satukanlah kami bersama ibu bapa nanti di syurgamu. Amin.”

Walaupun pendek namun maksudnya sangat bermakna. Amalkan membaca doa in setiap kali selepas solat fardu. InsyaAllah dimakbulkan tepat pada masanya.

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa pelihara adik-beradik kita semua dan disatukan di syurga sana. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah Kongsi 35 Cara Baiki Hidup Dan Diri, Jangan Jadi Malas!

Sumber: Facebook Irwan Zahuri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×