Menerusi laman Facebook milik Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, beliau ada kongsikan beberapa cara perbaiki hidup dan diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
35 cara di bawah ini boleh mula dari sekarang. Cubalah, pasti hasilnya berkesan dan kehidupan pun semakin tenang serta teratur.
Baca juga: Terapi Air Hujan Untuk Rawat Segala Penyakit & Gangguan Jin, Ada Cara Kena Ikut!
35 CARA PERBAIKI HIDUP DAN DIRI JADI LEBIH BAIK, CUBALAH
1. Solat awal waktu.
2. Solat taubat setiap hari.
3. Set matlamat hidup.
4. Baca buku 10 mukasurat sehari.
5. Jangan menghukum orang.
6. Makan makanan berkhasiat.
7. Cintai diri sendiri.
8. Bangun 2 jam lebih awal.
9. Menulis jurnal harian.
10. Tinggalkan tabiat buruk.
11. Sentiasa tanya maklumbalas orang.
12. Belajar skil baru setiap hari.
13. Percaya dengan diri sendiri.
14. Mulakan rutin baharu setiap hari.
15. Rancang strategi baharu.
16. Sentiasa lihat perspektif berbeza.
17. Belajar melabur.
18. Jangan buat alasan.
19. Jangan bertangguh.
20. Rekod dan semak kewangan.
21. Fokus positiviti.
22. Belajar bahasa baharu.
23. Persoalkan setiap benda yang kita teringin.
24. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
25. Fokus 1 hal dalam 1 masa.
26. Perhati kelemahan diri dan perbaiki.
27. Tinggalkan comfort zone kita.
28. Tukar social circle kita kepada yang lebih positif.
29. Bina rutin senaman yang bersepadu.
30. Mulakan hidup dengan lebih tersusun.
31. Buat surat kepada ‘versi masa depan kamu’.
32. Tonton video yang bermanfaat selalu.
33. Buat senarai matlamat hidup.
34. Tolong orang walaupun kecil.
35. Berhenti dari melakukan hal sia-sia.
Jadikan senarai cara perbaiki hidup di atas sebagai rujukan kehidupan anda mulai hari ini. Setiap perkara nampak kecil tetapi besar impaknya.
Yakinlah dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Doa Supaya Bebas Hutang Sebelum Meninggal Dunia, Mufti Kongsi Amalan Mudah