Nur

Hukum Baca Yasin Ketika Haid, Ada Cakap Boleh & Sebaliknya. Yang Mana Satu?

26
SHARES
BACA YASIN KETIKA HAID

Hukum baca Yasin ketika haid penting untuk diketahui terutama bagi golongan wanita. Ini kerana terdapat pandangan berbeza mengikut mazhab yang boleh dan ada yang tidak boleh.

Jadi, kalau tak nak ada sebarang keraguan mengenai hukum baca Surah Yasin ketika haid, ikuti penjelasan lanjut mengenai perkara ini di bawah.

Baca juga: Hukum Tengok Video Lucah & Boleh Jadi Punca Hati Gelap Selama 44 Hari…

HUKUM BACA YASIN KETIKA HAID, BOLEH KE?

BACA YASIN KETIKA HAID

Menurut para ulama, wanita ketika haid dilarang melakukan segala bentuk ibadah termasuk membaca Surah Yasin kerana berada dalam keadaan kotor.

Allah SWT berfirman:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاع ْتَزِلُوا النِّسَاءِ فِلاَ النِّسَاءِ فِلاَ الْمَحِيضِ نَّ حَتَّى يَ

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, “Haid itu kotoran.” Oleh itu, hendaklah menjauhkan diri daripada wanita semasa haid dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci.” (Al Baqarah: 222).

Menurut pandangan mazhab Maliki pula, orang perempuan yang sedang datang bulan dibenarkan untuk membaca al-Quran termasuk Surah Yasin.

Perkara ini mempunyai pandangan berlainan mengikut mazhab di mana Syafie, Hanafi dan Hanbali melarang wanita haid membaca al-Quran termasuk Surah Yasin.

Walau bagaimanapun, jika membaca atas tujuan mengajar, hafalan dan bertanding dan lain-lain dengan niat tidak membaca, hukumnya adalah dibolehkan.

Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana haid akan berlangsung dalam tempoh yang lama.

Maka, jika mereka dilarang membaca al-Qur’an, dibimbangi hafazan al-Quran mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.

Selain itu, dinasihatkan juga beralih kepada CD atau YouTube untuk mendengari Surah Yasin jika seseorang itu ingin mengingati hafazan mereka.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: 5 Doa Sakit Perut Boleh Diamalkan, Selain Ubat Ikhtiar Cara Ini Juga

Sumber: iNews.id

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×