Nur

Hukum Tengok Video Lucah & Boleh Jadi Punca Hati Gelap Selama 44 Hari…

20
SHARES

Menonton video berunsurkan pornografi bukanlah satu perkara yang wajar di sisi Islam. Namun masih ramai lagi terlepas pandang mengenai kesan dan hukum tengok video lucah sehingga ke hari ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor, terdapat persoalan tentang kenyataan menonton video lucah, Allah akan gelapkan hati selama 44 hari. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Doa Supaya Dapat Kematian Dalam Kebaikan, Amalkan Sebelum Tidur

HUKUM TENGOK VIDEO LUCAH & BOLEH JADI PUNCA HATI GELAP

HUKUM TENGOK VIDEO LUCAH

Soalan:

Saya ingin bertanya tentang status pernyataan ini “Tengok video lucah 44 hari Allah gelapkan hati dan tidak mendapat cahaya hidayah darinya. Betulkah begini?

Merujuk kepada persoalan di atas, perbuatan melihat video lucah adalah haram dan berdosa. Ini kerana boleh merosakkan akhlak sebagai seorang Muslim.

Firman Allah SWT:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (an-Nuur : 30)

Apabila menonton video pornografi, pelaku hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan sia-sia tersebut. Apa sahaja jenis dosa yang dilakukan dan ditengok di internet atau di mana jua, hendaklah bertaubat sebelum terlambat.

Tak mudah untuk menjadi mukim bertaqwa namun anda perlu sentiasa berusaha agar akhlah dan akidah terpelihara mengikit garis panduan agama Islam.

Selain itu, sekiranya ada sebarang posting di laman media sosial yang boleh mengundang fitnah atau pernyataanya tidak sahih, segera padam dan memohon maaf. Tindakan itu bukan sahaja boleh mengundang dosa malah ia juga salah di sisi undang-undang.

KESAN BURUK TENGOK VIDEO PORNOGRAFI

Antara kesannya adalah:

  • Jauh dari rahmat Allah
  • Hati menjadi gelap
  • Melemahkan ketaatan
  • Mendapat penghinaan daripada Allah
  • Boleh melemahkan fikiran
  • Terhalang dari rezeki
  • Segala urusan menjadi sukar dan sulit
  • Mendapat penghinaan daripada Allah

Bagi mengelakkan anda ketagih melihat video lucah, dinasihatkan agar sentiasa membaca al-Quran atau melakukan aktiviti berfaedah seperti joging dan lain-lain.

Elakkan duduk bersendirian dan cuba bersahabat dengan sahabat yang boleh membawa ke arah kebaikan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Pernah Lupa Buat 6 Amalan Sebelum Masuk Rumah, Takut Ada Yang ‘Ikut’ Nanti

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×