Nur

Siapa Yang Boleh Mandikan Jenazah Orang Perempuan? Rupanya Besar Tanggungjawab

48
SHARES
MANDIKAN JENAZAH WANITA

Prosedur pengendalian dan mandikan jenazah wanita adalah berbeza dengan lelaki. Memandikan jenazah adalah satu perkara wajib untuk umat Islam.

Ulama berpendapat hukum memandikan jenazah adalah fardu kifayah. Ulama juga mengatakan yang dibenarkan memandikan jenazah wanita adalah wanita. Begitu juga dengan jenazah lelaki, lelaki sahaja dibenarkan.

Baca juga: Hukum Bertelanjang Ketika Mandi Dan Lihat Aurat Sendiri, Haram Kalau ….

SIAPA YANG BOLEH MANDIKAN JENAZAH WANITA?

 MANDIKAN JENAZAH WANITA

Orang yang boleh memandikan jenazah wanita adalah ibu, nenek, keluarga terdekat wanita dan suaminya. Menurut mazhab Syafie, Maliki dan Hambali, seorang suami boleh memandikan jenazah isteri manakala mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa seorang suami tidak boleh memandikan isterinya. Hal ini kerana isterinya sudah bebas daripada perlindungannya.

Semua ulama sepakat bahawa jika seorang suami menceraikan isterinya (talak ba’in) dan isterinya meninggal dunia, maka dia tidak boleh memandikan jenazah bekas isterinya. Begitu juga sebaliknya.

Ada kalanya jenazah hanya ditayammumkan dan tidak dimandikan. Ulama Syafi’iyyah Sayyid Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnahnya mengatakan jika jenazah wanita yang meninggal di dalam kalangan lelaki yang bukan dalam kalangan mahramnya, golongan lelaki tersebut boleh melaksanakan tayammum. Hal ini juga sama sekiranya lelaki meninggal di kalangan wanita selain isterinya.

Rahimahullah yang menyebut:

فان ماتت امرأة ولم يكن لها زوج غسلها النساء وأولاهن ذات رحم محرم ثم ذات رحم غير محرم ثم الاجنبية فان لم يكن نساء غسلها الاقرب فالاقرب من الرجال

Maksudnya: “Sekiranya seorang perempuan itu meninggal dunia dan dia tidak mempunyai suami maka yang memandikan jenazahnya adalah orang-orang perempuan. Yang paling utamanya adalah golongan wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan dari kalangan mahram kemudian yang wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan selain dari kalangan mahram, kemudian wanita ajnabiyyah (bukan keluarga). Sekiranya tidak ada golongan perempuan, maka jenazah wanita itu dimandikan oleh kaum kerabat yang paling hampir dari kalangan orang lelaki.”

Baca juga: Rupanya Ini Hukum Tunaikan Umrah Banyak Kali Dalam Setahun Selagi Mampu..

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Detik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×