Nur

Rupanya Ini Hukum Tunaikan Umrah Banyak Kali Dalam Setahun Selagi Mampu..

16
SHARES
TUNAIKAN UMRAH BANYAK KALI

Seperti mana kita tahu, jika anda berkemampuan tidak salah jika mahu menunaikan umrah namun yang menjadi persoalan adalah apabila tunaikan umrah banyak kali dalam setahun.

Umrah dari segi bahasa membawa maksud ziarah dan dari segi istilah adalah tawaf di Baitullah, sa’ie di antara Safa dan Marwah dengan ihram.

Baca juga: Dalil Mengenai Baca Yasin Untuk Orang Nazak & Meninggal Dunia, Ada Dua Pandangan…

HUKUM TUNAIKAN UMRAH BANYAK KALI DALAM SETAHUN

TUNAIKAN UMRAH BANYAK KALI

Para ulama berpendapat bahawa melakukukan umrah berkali-kali dalam satu tahun adalah dianjurkan. Ulama Malikiyyah pula berpendapat sebaliknya di mana melaksanakan umrah lebih daripada satu kali dalam satu tahun hukumnya makruh.

Dalam hal ini, ulama Malikiyyah berdalilkan bahawa Nabi SAW tidak melakukan umrah melainkan dari satu tahun ke tahun berikutnya.

Jumhur ulama’ berdalilkan dengan hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا

Maksudnya: “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya.” Riwayat al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)

Selain itu, hadis daripada Umar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّ الْمُتَابَعَةَ بَيْنَهُمَا تَنْفِي الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ ‏

Maksudnya: “Iringilah haji dengan umrah, kerana mengiringi haji dengan umrah dapat menghilangkan dosa dan kefakiran, sebagaimana alat peniup api dapat menghilangkan karat besi.”

Selain daripada dua hadis di atas, diriwayatkan juga bahawa Aisyah R.Anha melakukan umrah dalam satu bulan sebanyak dua kali iaitu ketika dia melakukan haji wada’ bersama Nabi SAW.

Menurut Imam al-Tibi:

“Kemampuan keduanya (haji dan umrah) untuk menghilangkan kemiskinan adalah sepertimana kemampuan amalan bersedekah dalam menambah harta.”

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Sengaja Lalu Jalan Jauh Supaya Dapat Solat Jamak Qasar? Ini Penjelasannya!

Sumber: Maktabah Al Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×