Nur

Dalil Mengenai Baca Yasin Untuk Orang Nazak & Meninggal Dunia, Ada Dua Pandangan…

30
SHARES
BACA YASIN UNTUK ORANG NAZAK

Terdapat satu persoalan mengenai dalil atau hadis membaca Yasin untuk orang nazak dan meninggal dunia kerana ini merupakan satu perbuatan yang sering dilakukan oleh orang ramai.

Ada dua pandangan mengenai perkara ini dan ulasan lanjut diterangkan di dalam artikel perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat dan dapat menjawab persoalan yang bermain di fikiran anda.

Baca juga: Hukum Letak Al-Quran Dan Yasin Bawah Bantal Ketika Tidur Untuk Elak Gangguan Jin

DALIL MENGENAI BACA YASIN UNTUK ORANG NAZAK & SUDAH MENINGGAL DUNIA

BACA YASIN UNTUK ORANG NAZAK

Bagi menjawab persoalan di atas, terdapat riwayat daripada Ma‘qil bin Yasar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

اقْرَؤُوْا يَسٍ عَلَى مَوْتَاكُمْ

Maksudnya: “Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal dunia dalam kalangan kamu.” Riwayat Abu Dawud (2714) dan Ibn Hibban (3002)

Hadis di atas dinilai sebagai sahih dalam kalangan ulama dan dapat difahami dengan dua makna iaitu:

1. Bacalah surah Yasin kepada orang yang sedang nazak atau hampir mati. Mereka dipanggil sebagai mauta “موتى” berdasarkan apa yang akan berlaku. Jadi, disunatkan untuk membaca surah Yasin kepada mereka yang sedang nazak.

Antara hikmah membaca surah Yasin kepada orang yang sedang nazak adalah dapat mengingatkan seseorang kepada perubahan dunia dan nikmat-nikmat syurga serta persediaan untuk meninggal dunia.

Selain itu, dengan membaca surah Yasin, ia akan memudahkan rohnya untuk keluar. Sebahagian besar ulama berpendapat perbuatan baca yasin untuk orang nazak adalah perkara yang disukai dan mazhab Imam al-Syafi‘i juga menyarankan untuk membaca Yasin kepada orang yang sedang nazak kerana ia termasuk di dalam adab-adab berdasarkan hadis.

Seterusnya, Ibn al-Qayyim juga menyatakan, orang yang sedang dalam nazak dan sakaratul maut akan mendapat manfaat dengan surah Yasin iaitu roh yang hendak keluar daripada jasad pasti akan bergembira bila mendengar hal berkaitan akhirat maka dia akan suka untuk bertemu dengan Allah dan Allah juga suka untuk bertemu dengannya.

2. Hadis di atas juga boleh membawa makna perintah untuk membaca surah Yasin kepada orang yang meninggal dunia yakni selepas kematian mereka. Ini bermaksud menghadiahkan pahala bacaan surah itu kepada mereka.

Dapat disimpulkan bahawa baca yasin untuk orang nazak dan sudah meninggal dunia adalah disunatkan seperti yang disebutkan di dalam hadis.

Baca juga: Hukum Pakai Gelang Kaki Bagi Wanita Menurut Pandangan Islam, Jangan Main Guna Sahaja

Sumber: Maktabah Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×