Ketika ini, seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga anak-anak mengambil SPM ini sudah pastinya turut gementar dan baca Yasin serta doa ketika anak menjawab peperiksaan.
Namun, satu hantaran video tular di TikTok ini menarik perhatian ramai apabila kelihatan seorang nenek yang bertindak sebagai penjaga sedang membacakan sesuatu ketika menunggu cucu di sekolah.
Baca juga: Pelajar Lelaki Ziarah Kubur Sebelum Duduki Peperiksaan SPM, Akui Rindu Pelukan & Doa Ayah…
NENEK BACA YASIN SAMBIL TUNGGU CUCU JAWAB SPM DI SEKOLAH
Paparan video tersebut dikongsikan oleh seorang guru apabila hadirnya seorang warga emas di luar dewan peperiksaan sekolah. Nenek tersebut kelihatan setia menunggu cucunya yang sedang menjawab peperiksaan besar di dalam dewan sekolah.
Lebih mengundang sebak ramai adalah, warga emas yang juga nenek kepada salah seorang pelajar SPM itu turut membaca surah Yasin dan alunan zikir sepanjang peperiksaan berlangsung.
“Cucu dalam dewan peperiksaan SPM. Nenek menunggu di luar baca Yasin dan zikir untuk cucu,” tulisnya.
Rata-rata netizen sebak dengan kesungguhan dan usaha warga emas berkenaan yang sanggup melangkan masa demi cucunya.
Namun, difahamkan juga, ibu kepada pelajar berkenaan telah meninggal dunia Oktober lalu. Lantas, ini yang menambahkan lagi kesedihan dalam kalangan netizen sehingga ada yang mengalirkan air mata.
“Setakat baca Yasin tu aku bertakung dah. Tapi bila aku nampak makcik tu urut kaki sebab kebas / lenguh , terus jadi air terjun victoria falls weiii air mata aku…”-netizen
Dilihat turut mengurut kakinya yang kebas kerana menunggu lama, netizen turut menitipkan doa supaya pelajar berkenaan ‘dihadiahkan’ dengan keputusan cemerlang.
@c_s.ihsan cucu dalam dewan peperiksaan SPM..nenek menunggu di luar baca yassin dan zikir utk cucu. #foryou #foryoupage #fyp #mrsmlenggong ♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92
Baca juga: PU Salman Kongsi 6 Langkah Amalan ‘Mahal’ Calon Peperiksaan Boleh Buat, Elak Lupa
Sumber: Tiktok @c_s.ihsan