Musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih lagi berlangsung dalam kalangan pelajar sekolah. Jadi, untuk mendapatkan markah peperiksaan cemerlang dan tidak tertinggal informasi penting, mak ayah sering suruh anak amalkan doa elak lupa.
Sebenarnya, bukan itu sahaja yang boleh dilakukan. Berikut merupakan beberapa amalan ‘mahal’ yang dikongsikan oleh PU Salman terutama sekali kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan supaya lancar hafalan ilmu.
Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) Diteruskan, Ini Tarikh & Cara Semak Untuk Dapat RM150
DOA ELAK LUPA DAN AMALAN ‘MAHAL’ UNTUK CALON PEPERIKSAAN
Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke, semuanya boleh. Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1. Sebaiknya berwuduk dahulu.
2. Ambil segelas air kosong.
3. Baca Surah Al A’la ini.
4. Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air.
5. Sambung bacaan hingga akhir ayat.
6. Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga. Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
*Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah Taala. Selamat beramal!
Baca juga: KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurangkan Tekanan Murid, Mak Ayah TAK SETUJU!
Sumber: Mohd Nizam