Berita baik buat semua ibu bapa, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diteruskan seperti biasa tahun ini bagi meringankan beban untuk memulakan sesi persekolahan baru tahun hadapan.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Kuala Lumpur yang lalu.
Baca juga: Rupanya Bantuan SARA 2024 One Off Dah Masuk Mulai 9 Disember! Ini Cara Semak Status
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 RM150 DITERUSKAN, INI CARA SEMAK
Perdana Menteri berkata, selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini. Inisiatif BAP dikatakan mampu memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban dalam persiapan sesi persekolahan baharu tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Oleh itu, murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
* Murid warganegara Malaysia :
* Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
* Murid bersekolah di :
* Sekolah Kerajaan (SK)
* Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
* Sekolah Agama
* Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
* Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
* Sekolah Integriti
* Sekolah Henry Gurney
Kaedah Penyaluran Bayaran
Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
* Tunai
* Disalurkan terus ke akaun bank murid
Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM. Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi perseklahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.facebook.com/KemPendidikan
Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.instagram.com/kempendidikan
*Semoga bermanfaat!
Baca juga: KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurangkan Tekanan Murid, Mak Ayah TAK SETUJU!
Foto: Harian Metro