Rakyat

Rupanya Bantuan SARA 2024 One Off Dah Masuk Mulai 9 Disember! Ini Cara Semak Status

8
SHARES
bantuan sara hidup 2024

Berdasarkan makluman Kementerian Kewangan (MOF), Bantuan SARA Hidup 2024 sudah mula dibayar berperingkat bermula pada 9 Disember 2024, Isnin (semalam). Oleh sebab itulah ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang layak terkejut dan seronok kerana duit bantuan telah masuk dan boleh digunakan semasa musim cuti nanti.

Oleh itu, kesemua individu yang telah disahkan status boleh mula membuat semakan untuk mengetahui status bayaran Bantuan SARA yang akan diterima seperti di bawah.

Baca juga: 5 Barangan Elektrik Ini Boleh ‘Beli Masa’ Dengan Wang, Tak Rugi Ada Di Rumah!

CARA SEMAK STATUS BANTUAN SARA HIDUP 2024 ONE OFF

bantuan sara hidup 2024

Berikut merupakan panduan lengkap semakan status SARA :

1.Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini (Portal Semakan SARA ONE OFF 2024).

2.Halaman utama portal akan dipaparkan.

3.Masukkan 12 digit (Nombor Kad Pengenalan) tanpa sengkang (-).

4.Klik butang (Log Masuk).

5.Seterusnya, klik (Semak).

6.‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.

7.Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik (Ya).

8.Masukkan kata laluan yang betul.

9.Seterusnya, klik butang (Log Masuk).

10.Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].

11.Status bayaran (Sumbangan Asas Rahmah) akan dipaparkan ‘Lulus‘. Selesai.

Untuk pengetahuan anda, Bantuan SARA sudah dibayar kepada 8 juta penerima dengan jumlah seperti berikut :

1.3.5 juta Penerima Isi Rumah :

-Isi Rumah Berpasangan : RM300;
-Isi Rumah Tunggal : RM300.

2.4.5 juta Penerima Bujang :

-Bujang 21 hingga 59 tahun : RM150;
-Bujang 60 tahun dan ke atas (warga emas) : RM150.

Jika anda tidak mempunyai sebarang akaun bank, kaedah pembayaran Bantuan SARA secara one-off ini adalah bergantung kepada penerima, iaitu :

-Penerima ada akaun bank yang aktif :
-Dikreditkan terus ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan.

Penerima tiada akaun bank :
-Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
-Penerima berstatus ‘Gagal Kredit’ :
-Boleh dituntut di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

bantuan sara hidup 2024

*Jadi, selamat memanfaatkan wang bantuan tersebut untuk kegunaan harian!

Baca juga: Baju Yang Dibasuh Jadi Tak Wangi Selepas Kering, Cuba Tips Ini Terutama Sekali Nombor 5!

Sumber: BantuanOnline.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×