Asuh

Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya

98
SHARES
kelebihan kad oku

Khas untuk anda yang mempunyai kad OKU atau mak ayah yang mempunyai anak OKU, boleh mohon untuk dapatkan road tax percuma dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini merupakan salah satu kelebihan kad OKU yang masih ramai tidak tahu.

Bagaimana cara nak mohon? Berikut merupakan perkongsian dari seorang ibu di laman X yang tidak ketinggalan untuk memohon kemudahan ini. Boleh jadikan ini sebagai panduan supaya tidak tertinggal sebarang dokumen yang diperlukan ya!

Baca juga: Anak Hidap Kanser Tulang, Bapa Mohon Sumbangan Untuk Teruskan Kemoterapi

IBU KONGSI KELEBIHAN KAD OKU ANAK, BOLEH DAPAT ROAD TAX PERCUMA!

kelebihan kad oku

Untuk ibu bapa semua, ini merupakan salah satu kelebihan jika anda daftar untuk kad OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu boleh dapat road tax JPJ secara percuma! Pengalaman saya melalui proses buat kad OKU ini dengan JPJ Bangi hanya 15 minit sahaja, pantas!

Apa yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman adalah:

1. Terus saja pergi JPJ negeri/cawangan.

2. Pastikan anda tahu siapa pewaris sebenar untuk anak-anak OKU sama ada ibu atau ayah. Macam dalam situasi saya, saya adalah pewaris Dilan, ibu.

3. Muat turun aplikasi JPJeQ sebelum pergi ke cawangan JPJ. Anda memerlukan aplikasi ini untuk imbas kod QR di kaunter JPJ bagi mendapatkan nombor giliran. Untuk OKU, ibu hamil dan warga emas, akan ada laluan khas untuk proses lebih cepat.

4. Pastikan bawa siap-siap salinan IC/MyKid anak OKU walaupun tiada dalam senarai dokumen perlu dibawa.

5. Waris perlu pastikan anak-anak dah ada kad fizikal OKU sebelum mohon dengan JPJ ini. Kalau masih dalam proses atau belum dapat kad OKU secara fizikal, pihak JPJ tidak akan terima sebarang permohonon untuk dapatkan road tax percuma ini.

6. Penting untuk anda tahu bahawa kalau kereta nama waris, kena sama nama waris OKU tau. Contoh: tak diterima kalau kereta nama ayah tapi waris rasmi dalam sistem JKM ialah ibu. Boleh semak dekat JKM nama waris ini juga.

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa, termasuk dokumen asal dan salinan:

1. Kad OKU

2. Kad pengenalan OKU

3. Kad pengenalan waris

4. Lesen waris

5. Geran kenderaan

6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ

Syarat permohonan:

1. Mempunyai lesen memandu.

2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.

3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

kelebihan kad oku

Foto: Harian Metro (contoh kad OKU)

*Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contoh, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan. Untuk makluman, caj percuma hanya untuk road tax sahaja. Insuran tetap perlu dibayar ya!

Baca juga: Badan Suami Bengkak & Jantung Jangkitan Kuman, Isteri Rayu Sumbangan Untuk Terus Dapat Rawatan

Sumber: X @skinnyondinie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×