Ayah merupakan cinta pertama buat anak-anak khususnya kepada anak perempuan. Mungkin jarang diungkapkan namun kehadiran anak adalah hadiah untuk ayah yang paling bermakna. Seperti kisah yang dikongsikan mengenai ayah ini mungkin akan menyentuh hati anda.
Terdapat satu perkongsian menyentuh hati di laman Tiktok milik Ismiifurqan apabila menceritakan bahawa ayahnya mula menulis diari tentang dirinya sejak dari lahir lagi.
Baca juga: 6 Khasiat ‘Tersembunyi’ Bila Baca Al-Fatihah Dalam Rawatan Penyakit
ANAK ADALAH HADIAH UNTUK AYAH, TULISAN DIARI INI UNDANG SEBAK
Diari yang mula dicatatkan pada Februari 2006 itu dimulakan dengan kisah ayahnya menatap wajahnya buat pertama kali termasuk sehingga acara doa selamat menyambut kelahirannya.
Kalau dibaca dengan penuh penghayatan, kebanyakkan cerita yang dikongsikan dan ditulis dalam diari tersebut adalah perkara pertama kali yang anaknya boleh lakukan. Antaranya seperti pertama kali naik kenderaan, pertama kali anaknya mengamuk, pertama kali anak boleh ‘bye bye’ dan pertama kali sambut hari lahir.
Ramai dalam kalangan warganet berkongsikan rasa terharu dengan diari ayah ini dan mengatakan bahawa kisahnya ada iras dengan drama bersiri Korea, 18 Again.
Malah, ramai juga berpendapat bahawa cara menyimpan kenangan sebegini perlu diteruskan supaya dapat dibaca oleh generasi seterusnya. Barulah anak-anak akan rasa dihargai oleh ibu bapa dan momen ini akan jadi lebih ‘sweet’.
*Mengalir juga air mata apabila baca setiap momen pertama kali yang ditulis si ayah ini kan?
Baca juga: Bakal Mentua Mata Duitan, Minta ‘Up’ Wang Hantaran Jadi RM18 Ribu Ikut Kenaikan Gaji
Sumber: Tiktok @ismiifurqan