Famili

Bakal Mentua Mata Duitan, Minta ‘Up’ Wang Hantaran Jadi RM18 Ribu Ikut Kenaikan Gaji

40
SHARES
wang hantaran

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13% bermula hujung tahun ini. Berita ini merupakan khabar gembira buat semua kakitangan awam khususnya yang tengah kumpul wang hantaran perkahwinan.

Namun berbeza dengan pemuda ini yang berkongsikan kisah mengejut apabila bakal mentua meminta wang hantaran tambahan setelah mengetahui bahawa bakal menantu yang merupakan penjawat awam ini akan naik gaji. Pening kepala dibuatnya!

Baca juga: 5 Bulan Dalam Islam Yang Disarankan Baik Untuk Mendirikan Mahligai Cinta

BAKAL MENTUA TIBA-TIBA MINTA TAMBAHAN WANG HANTARAN, PENING!

wang hantaran

Menurut perkongsian dari pemuda ini, dia yang sudah bertunang dengan pasangan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember ini sedang berada di dalam fasa dilema. Berita mengenai kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 13% dan ke atas baru-baru ini turut menyebabkan bakal mentua membuat pengumuman yang mengejutkan!

Pemuda ini kongsikan bahawa hantaran yang telah dijanjikan oleh kedua belah pihak adalah RM14,000 dan telah ditunaikan. Namun, selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikan, bakal mentua minta amaun hantaran naik kepada RM18,000!

Insiden ini memang memberi kesan yang negatif kepada perhubungan dan hantaran tambahan sebanyak RM4,OOO tersebut memberikan tekanan kerana berbaki hanya enam bulan sahaja lagi perkahwinan tersebut.

“Aku stres gila sampai gaduh dengan tunang. Rasa macam tak ke mana dah hubungan ini,” katanya terkilan.

“Gaji belum naik, hantaran dah naik..”

JUAL ANAK KE?

wang hantaran

Foto: PropertyGuru

Hasil dari perkongsian di laman X ini menyebabkan ramai dalam kalangan warganet menyuarakan rasa simpati mengenai nasib pemuda itu. Malah, ramai yang terkejut betapa sanggupnya ibu bapa tunangnya menaikkan wang hantaran kerana naik gaji penjawat awam.

“Anak mereka barang ke nak naik harga pula? Falili red flag ni, hari ini minta naik, esok nak kahwin up lagi RM2,000 sebab nak cukupkan jadi RM20,000..pening!”- warganet

*Ini merupakan antara luahan orang ramai yang mungkin boleh dijadikan sebgaai pengajaran supaya ibu bapa yang mempunyai anak bakal berkahwin di luar sana jangan terlampau ‘demand’. Nak bawa anak ke jalan yang halal atau nak jual anak?

Baca juga: Hukum Wanita Bujang Whatsapp Suami Orang, Jangan Jadi ‘Punca’ Ya!

Sumber: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×