Nur

Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

78
SHARES
faraid harta

Urusan faraid harta merupakan urusan yang sangat penting dalam Islam. Pembahagian harta pusaka dalam hukum Faraid merupakan satu tindakan yang dituntut syarak bagi memastikan harta pusaka disalurkan dengan adil dan saksama kepada ahli waris yang berhak menerimanya.

Jadi, sebelum berlakunya kematian khususnya buat ketua rumah iaitu dalam kalangan si ayah, penting untuk menyiapkan satu fail khusus yang lengkap dengan dokumen yang diperlukan untuk melaksanakan urusan faraid kelak. Jika anda tidak tahu apa dokumen yang perlu disiapkan, berikut merupakan perkongsian dari Encik Abdul Rahim Adam.

Baca juga: Hentikan ‘Trend’ Sambut Hari Lahir Di Kubur Anak, Patutnya Ziarah & Sedekah Doa..

MUDAH NAK FARAID HARTA BILA ADA FAIL LENGKAP DOKUMEN

faraid harta

Alhamdulillah, dah siap 90% untuk kandungan fail ni. Setiap orang mesti ada Fail Faraid Peribadi masing-masing. Ianya bertujuan agar waris tahu apa yang perlu diuruskan dari harta peninggalan si mati lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hendak digunakan untuk melangsaikan hutang si mati (kita).

Jikalau dokumen tak lengkap, ianya akan menyukarkan urusan waris untuk menguruskannya. Dan paling kita bimbang kalau waris dah “give up” dan malas nak uruskan pusaka kita kerana urusan yang begitu mencabar. Jadi, jom kita tengok apa dokumen yang perlu kita lengkapkan dalam fail ini.

1. SALINAN IC WARIS

– Yang layak meneriman faraid sahaja, demi mengelakkan campur tangan waris yang tidak layak dalam pengurusan harta ini.
– Contoh, si mati mempunyai anak lelaki. Maka dalam situasi ini, adik-beradik si mati tidak layak menerima harta tinggalan si mati kerana fungsi anak lelaki menghalang mereka daripada mendapat pusaka.

2. SALINAN DOKUMENT HARTA SEPERTI GERAN TANAH/RUMAH, KERETA DAN PERJANJIAN JUAL BELI

– Banyak berlaku kes yang mana, si mati meninggalkan tanah berkeping-keping dan dalam masa yang sama mempunyai hutang yang banyak. Tapi aset tersebut tidak dicairkan untuk membayar hutang si mati kerana waris tak pernah tahu pun yang si mati mempunyai tanah.
– Sebab itulah sekali-sekala kena cerita jugak jelas-jelas kepada waris akan harta yang kita miliki.

3. SALINAN PENYATA BANK/KEWANGAN

– Semua bank peribadi termasuk Tabung Haji, KWSP dan lain-lain.
– Kalau tak ada salinan penyata, bank takkan benarkan waris untuk keluarkan duit si mati melainkan setelah keluar surat perintah daripada Pejabat Pusaka Kecil. Dah jadi 2 kali kerja waris terpaksa ulang-alik ke sana ke mari.

4. SALINAN HARTA-HARTA BERKENAAN

– Takaful perlindungan peribadi, auto-life takaful (kereta), MRRT (takaful untuk rumah) saham dan lain-lain

5. SENARAI HUTANG (2 Jenis)

5.1 Hutang dengan Allah

– Badal haji
Zakat yang tertunggak
– Fidyah puasa
– Nazar & lain-lain

5.2 Hutang dengan Manusia

– Hutang rumah
– Hutang kereta
– Personal loan
– Kad kredit
– Hutang dengan kawan
– Hutang dengan mak ayah
– Hutang dengan adik-beradik
– Hutang sewa rumah tertunggak
– Nafkah anak atau bekas isteri yang tertunggak
– Hutang mas kahwin (yang ditangguh sewaktu berkahwin)
– Saman Parking
– Saman AES/Speedtrap
– Bil-bil utiliti yang tertunggak (elektrik, air, internet, Astro, penapis air dan lain-lain)

NOTA TAMBAHAN :

Jika sekiranya kita ada berhutang dengan sahabat kita suatu jumlah yang agak banyak, maka seeloknya kita masukkan nombor telefon sahabat kita dan juga nombor telefon warisnya sekali. Kalau selitkan gambar pemiutang sekali pun bagus juga. Bukan apa, sekadar langkah-langkah berjaga-jaga. Andai kata ditakdirkan kita dan sahabat kita mati serentak, senang waris kita terus berhubung dengan waris pemiutang untuk bantu langsaikan hutang kita.

6. PESANAN BUAT WARIS

– Contohnya wasiat 1/3 harta fi sabilillah sebagai pencen kubur.
Asingkan harta yang telah dihibah, lantik pentadbir untuk urus faraid & lain-lain
– Pesan pada waris untuk segerakan pengurusan harta pusaka kerana bimbang berlaku kematian berlapis

7. STRUKTUR FARAID PERIBADI

– Lakarkan siap-siap supaya waris tahu dan faham bahagian masing-masing dan mudah-mudahan tidak bertelagah
– Tujuan lain supaya waris tidak termakan harta waris yang lain dengan jalan yang bathil.

faraid harta

Foto: Katadata

*Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senang Sangat Nak DIY Tisu Basah Untuk Lap Dapur & Bersihkan Rumah, Jimat Belanja!

Sumber: Abdul Rahim Adam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×