Famili

Ibu Kongsi Perkara ‘Best’ Bila Ada Baju Sekolah Sepasang Sahaja Untuk Anak, Lebih Mudah!

2
SHARES
uniform sekolah

Nampaknya sesi persekolahan yang baharu untuk tahun 2024/2025 bakal bermula bulan Mac ini dan ramai dalam kalangan ibu bapa tengah melakukan persiapan . Antara kelengkapan yang paling penting sekali untuk anak-anak sudah semestinya uniform sekolah.

Namun, ada dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai bajet lebih mengambil inisiatif untuk menyediakan uniform sekolah berpasang-pasang kerana menganggap lebih mudah tetapi, ibu yang dikenali sebagai Nabilah Solehah ini mengatakan bahawa mempunyai hanya satu uniform sekolah lebih mudah!

Baca juga: Cara Tanam Kangkung Dengan Ekspres, Dalam 10-14 Hari Boleh Petik Buat Goreng Belacan!

UNIFORM SEKOLAH ADA SEPASANG SAHAJA LAGI SENANG

uniform sekolah

Masuk sesi sekolah yang baru tahun 2023…saya ada 2 orang anak yg bersekolah rendah. Baju uniform yang saya sediakan cuma sepasang setiap satu. Sepasang baju sekolah dan sepasang baju sukan untuk setiap anak. Itu pun untuk anak kedua, baju sukan dia saya recycle baju kakak dia yang sudah kecil. Pakai selagi muat dan masih elok. Ganti, hanya kalau rosak atau sudah kecil.

Baju sekolah mereka saya cuci setiap hari. Iron pada waktu malam ketika masih lembab dan saya akan gantung. Besok baju-baju tersebut sudah ready untuk dipakai sekolah. Sebenarnya kaedah ni saya sudah guna pakai sejak sesi persekolahan tahun lepas lagi, dah berlatih. Dan saya rasa tenang dan lebih lapang.

Sebab bila kurang harta, kurang juga effort dari segi masa dan tenaga untuk menjaga harta tersebut. Antara perkara best bila baju hanya sepasang:

1. Saya tak perlu jahit lencana dan nametag/lencana banyak-banyak dekat baju anak.

2. Semasa hujung minggu, saya tak perlu berpeluh-peluh, iron baju sekolah anak banyak-banyak. Hujung minggu boleh jalan-jalan.

3. Baju sepasang itu akan dijaga dengan lebih baik. Sebab dia dibasuh setiap hari. Kotoran degil tak melekat lama.

4. Beban laundry/basuhan baju berkurang.

5. Tak membazir. Kalau anak dah membesar, baju lama cuma ada satu je yang terbuang.

6. Yang paling best, stoking dan anak tudung pun turut tak hilang. Sebab bila anak cuci baju sekolah, dua benda itu mereka akan letak juga dalam mesin basuh. Jadi, dua benda keramat itu akan turut diuruskan. Kalau tak, dia akan bersepah-sepah dan bercampur dengan baju-baju basahan yang lain. Alamatnya kalau tak hilang satu, dua-duanya akan hilang tanpa berita. Esoknya siaplah, dia akan selongkar bakul baju sebab nak cari stoking sebelah lagi tak jumpa.

uniform sekolah

*Sesiapa yang rasa benda ini masuk akal, boleh la cuba buat tahun ini. 

Baca juga: Bantal Kuning & Berpeta Jangan Dibuang, Boleh DIY Cucian Supaya Kembali Putih Bersih!

Sumber: Nabilah Solehah

Foto: Iluminasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×