Famili

Sekolah 2024/2025: Murid Dibenar Pakai Uniform 2 Hari, Baju Sukan 2 Hari..Mak Ayah Setuju?

22
SHARES
sesi persekolahan 2024

Terbaharu, mulai sesi persekolahan 2024/2025, pelajar di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) hanya perlu memakai seragam dua hari seminggu. Sementara itu, dua hari lagi adalah memakai pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM memutuskan demikian selepas sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk guru dan wakil komuniti.

Baca juga: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 Bermula Mac, Ini Jadual Penuh Untuk Rujukan

KELONGGARAN UNIFORM SEKOLAH UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

sesi persekolahan 2024

“Bagi sesi 2024/2025 yang bermula Mac ini, setelah sesi libat urus dengan semua pihak, baik pihak industri, mereka yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya guru-guru, pentadbir dan wakil-wakil komuniti, maka KPM memutuskan untuk pakaian seragam bagi 2024/2025 diteruskan seperti berikut, dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Pendidikan. Beliau turut memaklumkan, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan kemudian kepada semua sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Sebelum ini KPM memberi kelonggaran pemakaian baju sukan pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.

sesi persekolahan 2024

Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang mengatakan bahawa pihak sekolah anak-anak mereka sudah pun menjalanka garis panduan memakai pakaian sukan setiap hari ke sekolah. Ada juga sekolah lain yang perlu memakai pakaian uniform sekolah setiap hari. Namun, arahan terbaharu yang dikeluarkan ini adalah bermaksud untuk diselaraskan di seluruh institusi pendidikan Malaysia.

*Lama-kelamaan, baju uniform sekolah pun telah dilupakan. Katanya, ramai dalam kalangan mak ayah suka anak pakai baju suka sebab tak perlu diseterika?

Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×