Famili

Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

1
SHARES
kemasukan mrsm

“Kemasukan MRSM anak saya kena tolak sebab bukan dari golongan B40, tapi keputusan cemerlang. Tak boleh masuk kenapa?”

Inilah isu yang menjadi perdebatan dalam kalangan mak ayah di laman media sosial serta menjadi perbincangan pakar pendidikan. Umum mengetahui bahawa antara sekolah yang menjadi idola ramai adalah MRSM, SBP dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Hal ini kerana, kriteria kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah tersebut diklasifikasikan sebagai kelas pertama dan berkualiti.

Lantas, ramai dalam kalangan mak ayah yang mempunyai pendapatan T20 dan M40 turut memohon untuk kemasukan anak-anak mereka ke sekolah berkualiti tinggi ini supaya dapat pendedahan yang tiada di tempat lain. Orang cakap “Sekolah antarabangsa ada, masuklah sana kalau dah mampu. Sekolah ini untuk bantu pendidikan orang kurang berkemampuan…”

Baca juga: Cara Mohon Skim Perubatan MADANI, Bantu Golongan B40 Kurangkan Kos Rawatan Kesihatan

KEMASUKAN MRSM, SBP & SEKOLAH KLUSTER JADI REBUTAN? INI PERBEZAAN JENIS SEKOLAH

Jadi, berikut merupakan perbezaan 3 jenis sekolah berkualiti tinggi ini supaya anda boleh buat perancangan pendidikan anak di masa hadapan.

1.Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

kemasukan mrsm

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR (sebelum dilupuskan) dan PMR atau PT3. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Pada zaman dahulu, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris /ala Inggeris seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Berdasarkan kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2021, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah Khusus termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Satu sistem telah dibangunkan KPM bagi permohonan secara single entry point. Sistem tersebut melibatkan permohonan secara berpusat serta kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 1 SBP:

a. Pelajar mestilah warganegara Malaysia
b.Pelajar mestilah murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2023
c. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
d. Pelajar yang sihat tubuh badan
e. Pelajar yang aktif dalam penglibatan kokurikulum

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 4 SBP

a. Pelajar mestilah warganegara Malaysia
b. Pelajar adalah murid tingkatan tiga dan telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada tahun 2023
c. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
d. Pelajar yang sihat tubuh badan
e. Pelajar yang aktif dalam penglibatan kokurikulum

2. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

kemasukan mrsm

Contoh sekolah MRSM.

Inilah salah sebuah sekolah yang menjadi buah mulut ramai mak ayah sejak kebelakangan ini kerana membahaskan tentang isu kemasukan yang dikatakan khusus untuk golongan B40 sahaja. Berdasarkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dr.Asyraf Wajdi Dusuki, polisi MARA ketika ini ialah 60% pelajar MRSM adalah terdiri daripada keluarga B40, miskin dan dari luar bandar dan nampaknya ramai dalam kalangan rakyat bersetuju untuk MRSM diluaskan kuota kepada M40 dan T20 juga.

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan.

MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera. Sehingga hari ini, terdapat 55 lokasi MRSM di seluruh Malaysia. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Pemohon hendaklah mempunyai berkeperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

-Memiliki sikap diri yang positif.
-Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
-Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin. Sebelum dilupuskan, hanya pelajar yang memperoleh keputusan 6A dalam UPSR sahaja diterima masuk.
-Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.

Terdapat lima program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM, adalah seperti berikut:

i.MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM)

Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil subjek Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiah selain subjek teras yang lain.

iii. MRSM Program SPMRSM Cambridge IGCSE

Program SPMRSM Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah Sistem Pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan IGCSE dalam tempoh lima tahun pengajian. Pelajar menduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di tingkatan empat dan SPM semasa di tingkatan lima.

iv. MRSM Program SPMRSM IB Middle Years Programme (MYP)

Program SPMRSM IB MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.

iv. MRSM Program SPMRSM Teknikal

SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu kejuruteraan robotik, kejuruteraann mekanikal dan kejuruteraan elektrikal dari Tingkatan 1 hingga 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

3.Sekolah Kluster Kecemerlangan

kemasukan mrsm

Contoh sekolah kluster.

Sekolah kluster ialah satu jenama sekolah yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan prestasi pelajar. Kewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

-Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.

-Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) , Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.

-Sekolah Pendidikan Khas, iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).

-Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta.

-Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Ini bermaksud, sekolah harian biasa yang menjadi tempat anak-anak menuntut ilmu pun boleh dicalonkan dan menjadi sekolah kluster kecemerlangan jika prestasi pelajar di situ mencapai target tertentu.

*Jadi untuk mak ayah sekalian, sekolah manakah yang menjadi pilihan anda? Tidak kira berada di dalam ‘kelas’ masyarakat yang mana pun seperti T20, M40 dan B40, pastikan anak-anak menuntut ilmu dengan cara yang betul..Kalau berada di sekolah harian biasa pun, tetap boleh berjaya!

Baca juga: 10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!

Sumber: MySumber, Kementerian Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat

Foto: Utusan Malaysia, Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×