Famili

Murid Darjah 6 Kena Siap Sedia Dengan 5 Tips Ini Sebelum Masuk Alam Sekolah Menengah

3
SHARES
sekolah menengah

Buat mak ayah yang mempunyai anak bakal melangkah ke alam sekolah menengah pada sesi persekolahan baharu nanti, pasti akan rasa sedikit gementar. Mana tidaknya, peralihan fasa persekolahan ini akan mewujudkan pelbagai pembaharuan dari segi akademik dan kokorikulum anak-anak.

Bagi mengelakkan mereka mendapat kejutan budaya sebelum masuk ke sekolah menengah atau Tingkatan 1, mak ayah boleh siapkan diri mereka dengan 5 perkara ini. Barulah anak-anak pun semangat!

Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

PERSEDIAAN MURID DARJAH 6 SEBELUM MASUK SEKOLAH MENENGAH, SIAP SEDIA!

sekolah menengah

Foto: MUpdate.com

1.Buat persediaan mental dan fizikal

Elemen pertama yang adik-adik atau mak ayah perlu lakukan kepada anak adalah pastikan buat persediaan dari segi mental dan fizikal. Hal ini kerana, apabila masuk belajar di sekolah menengah sememangnya mencabar dan subjek sekolah menengah lebih banyak berbanding sekolah rendah.

2.Tetapkan hala tuju belajar

Kalau ketika di bangku sekolah rendah boleh lagi bersuka-ria dan banyak bermain, di sekolah menengah, pelajar akan memasuki satu alam baharu yang berbeza. Apabila masuk sekolah menengah, pelajar perlu tetapkan niat untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ini akan menentukan hala tuju kehidupan mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3.Cari maklumat tentang sekolah yang adik akan masuk

Ramai juga dalam kalangan murid Darjah 6 akan berpindah ke sekolah lain seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan sekolah harian yang berbeza dari sekolah rendah. Oleh itu, cari maklumat tentang sekolah yang bakal pelajar masuk supaya kurang berasa janggal dan gelisah.

4.Jaga adab, hormati senior sekolah

Menjadi lumrah dalam budaya sekolah dan di mana-mana sahaja, apabila masuk ke tempat baharu pastikan anda hormat kepada senior atau orang lama. Untuk pelajar Tingkatan 1, pastikan anda menghormati senior kerana mereka lebih besar, mencabar dan banyak ragamnya.

Ada sesetengah sekolah yang mempunyai pelajar Tingkatan Enam dan rata-rata sekolah biasa pelajar paling atas adalah Tingkatan Lima. Jadi,  yang berada di Tingkatan Satu hendaklah berlapang dada jika menerima teguran daripada golongan senior ini dan jangan besar kepala sangat!

5.Jangan terlibat dalam kumpulan pelajar bermasalah

Banyak betul kes yang melibatkan buli dan pergaduhan melibatkan pelajar sekolah bukan? Jadi, amat penting untuk pelajar yang baru sahaja ingin membiasakan diri dengan alam sekolah menengah untuk tidak tersalah memilih kawan. Jauhi diri daripada terjebak ke dalam kumpulan-kumpulan pelajar nakal dan tumpukan kepada matlamat utama untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

sekolah menengah

Foto: Astro Awani

*Jadi, untuk adik-adik yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah pada sesi persekolahan baharu kelak, pastikan ada matlamat jelas dalam hidup untuk berjaya pada masa hadapan. Belajar elok-elok supaya keputusan SPM cemerlang!

Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’

Sumber: Sinar Bestari

Foto: SelangorKini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×