Famili

Cara Daftar & Kemaskini Sistem PADU 2024, Barulah Jadi Rakyat Malaysia Yang ‘Padu’!

23
SHARES
daftar padu

Bari-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, mengumumkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk rakyat Malaysia mengesahkan atau mengemas kini data isi rumah mereka. Rakyat Malaysia digalakkan untuk daftar PADU dalam tempoh tiga bulan.

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

CARA DAFTAR PADU 2024 SECARA ONLINE

Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

daftar padu

Pendaftaran dan pengemaskinian data maklumat peribadi rakyat Malaysia boleh dilakukan bermula 2 Januari 2024. Walaupun bukan kewajipan, namun setiap individu yang berumur 18 tahun dan ke atas digalakkan untuk berbuat demikian. Ini bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dalam sistem pangkalan data yang lain yang boleh menjejaskan data maklumat yang dipaparkan di dalam sistem PADU.

Cara Daftar PADU 2024 Online

1.Layari portal, www.padu.gov.my

2.Klik pada butang “Daftar Sekarang” pada halaman utama portal tersebut.

3.Isi butiran maklumat pengguna dengan betul dan lengkap pada ruangan yang disediakan. Seterusnya, sahkan akaun yang didaftarkan dengan memasukkan kod One-Time Password (OTP) yang diterima oleh pengguna menerusi emel dan SMS.

4.Kemudian, pengguna perlu mencipta dan menetapkan kata laluan yang sah bagi tujuan log masuk.

5.Pengesahan identiti mestilah dilakukan dengan membuat imbasan kod QR dan menangkap gambar individu. Akhir sekali, notifikasi pendaftaran berjaya dilakukan akan diterima oleh pengguna setelah selesai mendaftar.

Cara Login PADU Online

Setelah pendaftaran berjaya dilakukan, pengguna boleh mula log masuk ke akaun mereka pada bila-bila masa sahaja untuk membuat pengemaskinian data maklumat peribadi.

1.Layari login portal laman sesawang rasmi, www.padu.gov.my.

2.Klik pada butang “Log Masuk”

3.Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan pengguna dan kata laluan yang sah. Akhir sekali, login padu berjaya dan halaman utama akan dipaparkan.

Pengemaskinian boleh dilakukan secara online menerusi portal PADU malaysia dan pengemaskinian juga boleh dilakukan menerusi kaunter di Pejabat Daerah / Penghulu/ PBT, Pusat Ekonomi Digital, Pusat Internet Desa, atau Premis Agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

Pemohon perlu membawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan individu bagi tujuan pengemaskinian. Berikut merupakan cara untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem ini;

1.Layari dan login portal PADU, www.padu.gov.my.

2.Klik pada bahagian “Kemaskini”.

3.Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan pengguna yang sah.

4.Kemudian, klik pada butang “Log Masuk”.

5.Pada halaman utama, pengguna boleh klik pada mana-mana tab maklumat yang ingin dikemaskini.

6.Sahkan maklumat yang dikemaskini pada bahagian perakuan dan klik pada butang “Hantar Perakuan”. Akhir sekali, data maklumat peribadi pengguna berjaya dikemaskini.

daftar padu

*Diingatkan kepada orang ramai bahawa tarikh pendaftaran ditutup pada 31 Mac 2024 ya!

Baca juga: Permohonan eMADANI RM100 Ditolak? Ini Cara Nak Buat Rayuan Untuk Semua e-Wallet

Sumber: MyPT3.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×