Famili

Permohonan eMADANI RM100 Ditolak? Ini Cara Nak Buat Rayuan Untuk Semua e-Wallet

2.3K
SHARES
rayuan emadani 2

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan sejumlah permohonan kredit eMADANI yang ditolak oleh penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih. Secara automatik, mereka gagal menebus bantuan kredit tersebut kerana dikategorikan sebagai tidak cukup kriteria. Oleh disebabkan ramai yang bersuara, jadi kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa anda boleh buat rayuan eMADANI ini.

Berikut merupakan tatacara untuk membuat rayuan eMADANI ini bagi setiap perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Baca juga: Cara Claim eMADANI Di Aplikasi MAE Dengan Betul, Patutlah Sebelum Ini Kena ‘Reject’!

BAGAIMANA NAK BUAT RAYUAN EMADANI BILA ANDA DAH CUKUP KRITERIA?

Permohonan boleh ditolak jika butiran yang didaftarkan seperti nama dan IC anda dimasukkan dengan tidak betul atau jika anda tidak memenuhi keperluan sebagai warganegara, usia, dan pendapatan. Sesetengah individu mendakwa ditolak kerana tiada rekod pelaporan cukai LHDN untuk tahun 2022.

1. Rayuan menerusi aplikasi Setel

rayuan emadani

Jika anda menggunakan Setel untuk menebus kredit eWallet RM100 dan permohonan ditolak, anda digalakkan untuk mengemukakan pertikaian ke [email protected]. Menurut Setel, jika permohonan gagal disebabkan oleh pengenalan yang tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk pengesahan semasa proses pertikaian.

2. Rayuan menerusi aplikasi Shopee

rayuan emadani

Menurut Shopee, jika anda yakin bahawa anda telah memenuhi kriteria, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan mereka untuk membuat pertikaian. Pilih eMadani Claimants sebagai jenis pengguna anda, pilih “eMadani Unable to claim” dan isi butiran peribadi. Anda boleh melampirkan tangkapan skrin sebagai gambar sokongan.

3. Rayuan menerusi aplikasi TnG

rayuan emadani

Jika anda menebus kredit eWallet RM100 melalui Touch ‘n Go eWallet, anda boleh membuat rayuan jika permohonan anda ditolak. Lakukannya dengan mengemukakan permintaan, dan kemudian pilih “eMADANI” dan “Claim Rejected” sebagai jenis sokongan yang anda cari. Anda juga boleh menyediakan lebih banyak butiran mengenai penolakan permohonan eMADANI dan melampirkan tangkapan skrin sebagai dokumen sokongan.

4. Rayuan menerusi MAE

rayuan emadani

Di Maybank, FAQ eMadani-nya secara asasnya adalah salinan dokumen MOF. Dinyatakan bahawa terdapat proses rayuan di mana anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan eWallet yang anda telah hantar tuntutan anda untuk bantuan lanjut.

Menurut terma dan syarat eMADANI Maybank, untuk membuat rayuan yang berkaitan dengan operasi eMADANI, MAE oleh Maybank2u dan/atau fungsi Scan & Pay, anda boleh menghubungi Maybank Group Customer Care di 1300-88-6688 atau menulis kepada mereka di [email protected].

Baca juga: Elak Kes Anak Hilang Makin Menjadi-Jadi, Mak Ayah Kena Standby Alat-Alat Ini Untuk ‘Jejak’!

Sumber: ILoveBorneo.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×