Famili

Cara Claim eMADANI Di Aplikasi MAE Dengan Betul, Patutlah Sebelum Ini Kena ‘Reject’!

422
SHARES
claim emadani mae

Nampaknya, rakyat Malaysia sekarang tengah sibuk menebus kredit e-Dompet bernilai RM100 yang diberikan oleh kerajaan iaitu eMADANI. Kredit e-Dompet ini boleh ditebus melalui 4 pengelola iaitu ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE Maybank. Mungkin ramai dalam kalangan kita tengah mengalami kekeliruan dalam cara claim eMADANI MAE dengan betul kerana ramai yang tidak berjaya bukan?

Malah, ada juga yang tersalah cara untuk ‘scan’ semasa membuat pembayaran dan menyebabkan akaun bank sendiri yang tertolak baki wang. Jadi, berikut merupakan tatacara untuk menebus kredit RM100 ini dengan mudah.

Baca juga: Cara Halau Nyamuk Paling Cepat & Magis Dengan Hanya Guna SATU Bahan, Semua Mati!

CARA CLAIM EMADANI MAE DENGAN MUDAH

claim e-madani maeIkuti langkah berikut untuk menuntut RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:

1. Di laman utama MAE, tekan pada gambar iklan eMADANI atau tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’.

2. Semak kelayakan anda untuk eMADANI dan tekan ‘Claim Now’.

3. Berikan kebenaran untuk berkongsi nombor KP dan nama penuh anda kepada pihak ketiga yang dibenarkan. Maklumat anda hanya akan digunakan untuk tujuan berkaitan eMADANI.

4. Masukkan kata laluan Maybank2u untuk pengesahan.

5. Anda akan dibawa ke laman web eMADANI. Isi maklumat anda di dalam borang tuntutan di halaman tersebut dan hantar.

6. Selesai! Anda akan dibawa kembali ke laman utama MAE. Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE.

Hanya perlu imbas dan bayar dengan aplikasi MAE untuk belanjakan kredit eMADANI anda. Anda boleh mula menuntut eMADANI RM100 bermula 4 Disember 2024 pada jam 8:00 pagi sehingga 20 Februari 2024 pada jam 11:59 malam.

Menurut pengguna MAE, anda kena ada baki duit dalam akaun Zest minimum RM100 juga baru boleh guna eMADANI. Nanti barulah akan dipotong duit yang dalam eMADANI dan duit kita tak akan kena potong. Tapi, kena pastikan ada baki RM100 dalam akaun baru boleh guna.

claim e-madani mae

Bukan itu sahaja, pastikan tekan ON butang yang mempunyai lambang eMADANI di bawah ya.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK TEBUS EMADANI DI MAE

-Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
-Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
-Belum menuntut eBeliaRahmah 2023

Anda TAK LAYAK jika:

-Pekerja pertama yang tak memfailkan cukai mereka dengan LHDN
-Pesara yang berhenti memfailkan cukai dengan LHDN
-Menganggur melainkan mereka penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menuntut eMADANI
-Dahulu berpendapatan >RM100k setahun, kini gaji tahunan dikurangkan kepada bawah RM100k

*Semoga berjaya dan selamat membeli-belah di kedai fizikal!

Baca juga: Cara Buat Cop Digital Secara Online Dan Percuma Guna Microsoft Word Je

Sumber: Maybank2u, ecentral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×