Famili

Ini Cara Mohon Skim Mesra Usia Emas, Boleh Dapat Bantuan Baucar Beli-Belah RM150!

12
SHARES
skim mesra usia emas

Berita baik untuk rakyat negeri Selangor terutama sekali untuk warga emas, ada Skim Mesra Usia Emas diwujudkan untuk kemudahan anda semua! Walaupun diperkenalkan pada tahun lepas, masih ramai yang belum cakna dan terlepas peluang untuk mendapat bantuan ini.

Skim Mesra ini merupakan salah satu program di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Ia merupakan program yang telah dijenamakan semula dari program Skim Mesra Usia Emas.Skim Mesra Usia Emas kini akan menyasarkan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan Skim Mesra Insan Istimewa akan dikhaskan untuk golongan OKU sahaja.

Baca juga: Cara Daftar & Kemaskini Sistem PADU 2024, Barulah Jadi Rakyat Malaysia Yang ‘Padu’!

SKIM MESRA USIA EMAS UNTUK RAKYAT SELANGOR

skim mesra usia emas

Setiap ahli Skim Mesra layak untuk menerima dua jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian. Berikut merupakan syarat permohonan adalah seperti berikut:

-Warganegara Malaysia; DAN.
-Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
-Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
-Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
-Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
-Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

APA MANFAAT YANG DAPAT? MACAM MANA NAK MOHON?

skim mesra usia emas

1. Baucar Beli-Belah Jom Shopping RM 150 (Manfaat Semasa Hidup)

-Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
-Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
-Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
-Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
-Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
-Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
-Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
-Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info

2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)

-Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja
-Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
-Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan DIBAYAR.
-Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN
-Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
-Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan DILAYAN
-Rujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian

Cara Permohonan Skim Mesra Usia Emas

-Permohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di e-mesra.yawas.my.
-Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).
-Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuat
-Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)
-Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat
-Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), boring dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
-Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU Pejabat YAWAS. Borang DI SINI.

*Selamat mendaftar!

Baca juga: Nak Sambung Belajar Oversea Selepas SPM? Adik-Adik Kena Buat 7 Langkah Ini Untuk ‘Lepas’!

Sumber: SKIM MESRA, e-Central

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×