Famili

‘Kaki Bodek’ Dapat Naik Pangkat? Ini 7 Tanda Penganiayaan Tempat Kerja, Jom Semak!

13
SHARES
isu tempat kerja

Tempat kerja mana yang tidak mempunyai masalah bukan? Isu tempat kerja ini menjadi semakin hangat apabila kes melibatkan seorang penyampai radio terkenal dihentikan khidmatnya tanpa memberi sebarang alasan yang kukuh. Sudah pastinya isu ini mengejutkan malah ramai yang turut berkongsikan masalah yang sama berlaku kepada diri sendiri.

Sebagus mana pun kita berkhidmat untuk majikan, jangan lupa untuk mengenalpasti juga tanda-tanda penganiayaan yang telah dilakukan majikan kepada kita. Jangan hanya berdiam dan ‘dipijak’ kerana inilah masanya untuk anda bertindak!

Baca juga: Asyik Terima Layanan Pilih Kasih, Inilah Ciri ‘Favouritism’ Di Tempat Kerja Ramai Benci

ISU TEMPAT KERJA MAKIN MENJADI? INI TANDA PENGANIAYAAN!

isu tempat kerja

Tanda-tandanya:

1.Orang lain ambil kredit hasil kerja keras anda.

2.Beban kerja ditambah tanpa sebab.

3.Kenaikan gaji/bonus dinafikan

4.Pekerja yang bagus tidak dihargai.

5.Tersebar cerita rekaan dan fitnah.

6.Kaki bodek dan kaki kipas bermaharajalela

7.Ditukarkan, dipindahkan tanpa sebab

Jika sudah ada tanda tanda penganiayaan di tempat kerja, ini apa yang anda perlu lakukan:

1. Lakukan damage control- berjumpa dengan HR, pegawai atasan untuk menceritakan situasi sebenar.

2. Simpan dan kumpulkan semua bukti- dokumen, email, screen capture, rekod perbualan.

3. Kenali dan kenalpasti siapa rakan dan lawan yang sebenar dalam organisasi. Ketahui si talam dua muka dalam organisasi.

4. Bercerita, meluahkan perasaan kepada individu yang anda percayai. Jika anda ada isu kepercayaan, berceritalah dengan orang di luar organisasi yang anda rapat. Contoh ahli keluarga, rakan rapat.

5. Anggap sebagai cabaran, lakukan tugas dengan lebih cemerlang. Biar si pelaku terjegil mata.

6. Jika berterusan dan tiada tanda tanda positive, mungkin lebih baik pertimbangkan untuk berubah angin.

isu tempat kerja

*Di mana mana anda bekerja, rakan sekerja yang toksik, sabotaj dan cemburu sentiasa anda. Jangan biarlah individu individu toksik ini melemahkan aspirasi anda. Kesihatan mental adalah keutamaan, bercakap lebih baik dari memendam rasa sendirian.

Baca juga: Rasa Diri ‘Gah’ & Lebih Bagus, Kenali Personaliti Narsistik Kerana Anda Mungkin Orangnya!

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×