Famili

Rasa Diri ‘Gah’ & Lebih Bagus, Kenali Personaliti Narsistik Kerana Anda Mungkin Orangnya!

22
SHARES
personaliti narsistik

Mempunyai personaliti narsistik bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Mempunyai rasa keyakinan yang ekstrem ini sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada orang lain, persekitaran dan paling teruk adalah kepada diri sendiri. Namun, keyakinan tinggi yang eskrem ini akan terlerai sebaik sahaja mendapat kritikan dari orang lain. Lemah!

Jadi, amat penting untuk anda nilai semula personaliti diri sendiri dan ambil kira pendapat orang sekeliling mengenai diri anda. Dirasakan diri gah sedangkan ‘kosong’ sahaja ilmu dan pengetahuan, ada hati pula ya nak memerintah orang lain? Toksik betul..

Baca juga: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…

MAKSUD PERSONALITI NARSISTIK, TAK BOLEH DIBANGGAKAN

personaliti narsistik

Gangguan personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.

Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.
Kehadiran individu seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan di tempat kerja, rakan sekerja, pasangan dan juga ahli keluarga.

1.Berasa diri lebih penting dan pandai dari orang lain

2.Lantang kritik orang lain

3.Rasa diri sendiri lagi baik dari orang lain

4.Memandang rendah kepada orang lain

5.Ingin mengawal segalanya

6.Rasa mempunyai hak walaupun tidak ke atas sesuatu benda atau perkara.

Antara kesan yang boleh dialami ialah:

-Kurang mendapat rakan kerana rakan-rakan akan semakin menjauh

-Mempunyai masalah dalam perhubungan bersama pasangan

Mengalami tekanan dan keresahan

-Mempunyai masalah di tempat kerja

personaliti narsistik

*Pergi sahaja ke mana pun pasti anda akan berhadapan dengan orang yang mempunyai personaliti sebegini. Ikutkan rasa hati mahu ditampar sahaja tetapi apa yang anda boleh lakukan adalah kekal tenang dan jauhkan diri dari mereka. Paling tidak pun boleh beritahu sahaja orang tersebut untuk dapatkan bantuan dan rujukan jika ada gangguan personaliti ini..

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×