Sihat

4 Ciri Orang Perangai ‘Toksik’ Yang Anda Kena Elak Di Tempat Kerja, Jaga Mental Kita!

32
SHARES
ciri-ciri orang toksik

Berhadapan dengan rakan sekerja yang mempunyai ciri-ciri orang toksik merupakan perkara yang memenatkan. Mana tidaknya, persekitaran tempat mencari rezeki yang disangka akan seronok bertukar menjadi tempat yang penuh dengan stres! Setiap hari nak pergi ke tempat kerja pun boleh hilang mood.

Jadi, jika anda berada di tempat kerja yang baharu atau tiba-tiba rasa tak seronok bekerja, anda perlu perhatikan ada beberapa ciri orang toksik di tempat kerja. Elok elakkan sahaja bertemu dengan mereka ini supaya kesihatan mental kita pun terjaga.

Baca juga: Susah Berbaik Dengan Ibu Mertua? Ini 9 Ciri Menantu Perempuan Toksik, Mungkin Anda Orangnya!

CIRI-CIRI ORANG TOKSIK ANDA KENA ELAK DI TEMPAT KERJA

ciri-ciri orang toksik

1) Suka gossip

Suka menyebarkan fitnah dan cakap negatif dekat belakang kita. Lebih baik elakkan orang macam ni, sebab mereka boleh jadi punca hostile work environment & rosakkan relationships between coworkers.

2) Pengadu/suka complain

Orang macam ni mesti selalu nak cari point dan selalu tak puas hati. Mereka ni boleh downkan morale of the team & jadi susah untuk fokus kerja.

3) Narcissist

Yang jenis pentingkan diri sendiri dan suka tarik perhatian orang. Dia akan ambil credit dari kerja orang lain dan suka memperkecilkan orang lain supaya orang nampak dia sahaja yang bagus.

4) Pembuli

Orang yang suka menghina dan mengancam rakan sekerja. Kalau ada kes macam ni, better buat report dekat management.

*Jadi, anda pernah ada tak persekitaran kerja yang dipenuhi orang toksik? Kalau ada, salah satu caranya untuk buat mereka terdiam adalah menunjukkan kejayaan anda!

Sumber: Twitter @Ainaaaaaaz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×