Famili

Musim Cuti Je ‘Sekampung’ Ipar Duai Datang Tidur Di Rumah, Privacy Sendiri Pun Tak Ada!

13
SHARES
ipar duai toksik

“Hmm datang dah rumah aku ni setiap kali nak raya duduk sampai seminggu, ada ipar duai toksik ni pun letih la alahai…”

Apabila berkahwin dengan pasangan, kita juga perlu menerima seluruh keluarganya sama ada suka ataupun tidak. Jika semuanya harmoni dan tidak menimbulkan masalah, amanlah hidup anda tetapi bagaimana kalau sebaliknya? Penat juga kalau setiap musim cuti sahaja, akan datanglah sekampung ke rumah dan kita sebagai tuan rumah pula kena mengemas sisa-sisa mereka! Penatlah!

MUSIM CUTI JE DATANG DUDUK RUMAH BERMINGGU-MINGGU, KENA LAYAN IPAR DUAI TOKSIK

ipar duai toksik

Tular di laman media sosial Twitter baru-baru ini apabila terdapat satu perkongsian ‘confession’ melalui akaun @ConfessTweetMY, membangkitkan isu mengenai ahli keluarga yang selalu datang menginap di rumah. Maklumlah, musim perayaan pun makin dekat jadi pasti ramai dalam kalangan anda yang mengalami situasi apabila ipar duai datang menginap dalam tempoh yang lama di rumah bukan?

ipar duai toksik

Di dalam pendedahan ini, pemilik mengatakan bahawa keluarga kakak iparnya sering datang ketika musim cuti dan menginap dalam tempoh yang lama di rumah mereka. Bukan itu sahaja, isu berkaitan aurat antara dirinya dan abang ipar turut menjadi kerisauan selain dari perlu menjaga makan dan minum mereka. Paling menyakitkan hati sekali adalah, perangai pengotor pula menjadi-jadi tanpa timbul sebarang rasa bersalah kepada tuan rumah!

Perkara ini turut menimbulkan pergaduhan antara dirinya dan juga suami. Tambah pula, si suami juga tidak mengatakan apa-apa solusi malah hanya mengiyakan sahaja perbuatan kakaknya itu yang dikatakan hanya datang nak menumpang tidur. Sampai ada kesan haid di cadar katil dan barang berharga pecah pun tuan rumah yang bersihkan. Perangai ipar apakah ini?

ipar duai toksik

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet yang menyarankan bahawa apabila tiba musim cuti sekolah atau musim perayaan, sepatutnya keluarga ipar atau sesiapa sahaja perlu menghormati tuan rumah. Lebih molek jika minta kebenaran tuan rumah dahulu sebelum datang ke rumah dan kalau ingin menginap, satu malam sahaja sudah mencukupi.

Hal ini kerana, sebagai manusia yang mempunyai sifat ‘common sense’ yang tinggi, lebih elok jika anda mempunyai keluarga yang ramai pergi sahajalah menginap di hotel atau homestay yang mempunyai boleh dikatakan mempunyai banyak pilihan dengan harga berpatutan. Tak perlulah nak duduk rumah orang lama-lama dan ganggu privacy mereka…

Apa yang penting adalah si suami dan isteri perlu berbincang dahulu mengenai isu ini supaya tidaklah menjadi punca penceraian pula ya!

Sumber: Twitter @ConfessTweetMY

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×