Famili

Sakit Hati Ipar-Duai Suka Cakap Belakang? Ini Jalan Terbaik Untuk Mereka

6
SHARES
ipar duai toksik

Apabila mendirikan rumah tangga ketahuilah bahawa anda bukan sahaja berkahwin dengan pasangan tetapi juga ‘berkahwin’ dengan keluarga mereka. Kata orang, walaupun sudah jatuh cinta dengan pasangan sendiri namun, tidak semestinya anda akan merasakan perkara yang sama terhadap ibu bapa pasangan.

Biasa kita dengar dan baca di laman media sosial, ipar duai bertekak akibat tak sefahaman sehingga menyebabkan hubungan suami isteri retak. Jadi apa nak buat kalau ada ipar duai toksik jenis cakap belakang ini? Ikuti solusinya di bawah.

Baca juga: AWAS! Suami Ada 6 TANDA Ini? Mungkin, Dia Tengah Syok Bercinta Dengan Perempuan Lain!

IPAR DUAI TOKSIK JENIS CAKAP BELAKANG, INI JALAN TERBAIKNYA

ipar duai toksik

1. BERCAKAP DENGAN PASANGAN 

Langkah pertama perlu dilakukan adalah bercakap dengan pasangan tentang apa yang berlaku. Pasangan mungkin tidak perasan ketegangan yang berlaku antara anda dan ahli keluarganya. Jika pasangan tidak ingin membantu menyelesaikan masalah, mungkin anda sendiri perlu bercakap dengan ahli keluarga.

2. ELAKKAN TOPIK SENSITIF DENGAN KELUARGA MENTUA

Sesetengah topik mungkin menjadi penyebab konflik antara anda dan mentua. Sebaiknya elak berbincang topik sensitif bersama keluarga untuk mengelakkan mereka cakap belakang. Kadang-kadang pandangan kita bercanggah dengan orang lain maka lebih baik diam sahaja daripada bergaduh kerana sesebuah topik.

3. WUJUDKAN ‘HALANGAN’ ANTARA IPAR DUAI 

ipar duai toksik

Ini merupakan perkara paling penting untuk anda. Sila setkan ‘halangan’ antara ipar duai supaya mereka tidak masuk campur urusan hidup.

Tidak semua perkara perlu diceritakan kepada orang lain kerana risau perkara tidak sepatutnya sampai kepada orang luar. Belajar untuk cakap “tidak” sekiranya itu memudaratkan hubungan suami isteri.

4. LUAHKAN SEMUA YANG TERBUKU 

Antara jalan terbaik meluahkan segala yang terbuku dalam hati adalah melalui penulisan. Sedikit sebanyak ia boleh meringankan beban dan merawat hati yang kecewa.

Jangan biarkan perbuatan mengata belakang itu menjadi punca anda tidak bersemangat untuk teruskan hidup. Sesekali mereka perlu ditegur, barulah faham untuk menjaga hati masing-masing.

5. BIARKAN MEREKA BERDRAMA

Jangan libatkan diri dengan drama tersebut. Biarkan sahaja mereka mengutuk sehingga penat. Jika perkara itu menjadi sangat teruk, biarkan dan jangan sesekali ubah cara mereka.

Tidak mudah untuk betulkan sikap ipar duai jenis cakap belakang kerana perbuatan itu sudah sebati dalam dirinya. Jadi? Biarkan sahaja mereka berdrama sehingga penat.

ipar duai toksik

6. JANGAN AKTIFKAN DIRI DALAM GROUP WHATSAPP

Kadang-kadang terlampau aktif pun salah juga kerana sikap itu boleh disalahertikan. Takut ada yang fikir anda jenis menunjuk kebahagiaan sehingga ada orang yang cemburu. Jalan selamat adalah hanya kongsikan perkara yang sepatunya sahaja supaya dapat mengelakkan ipar duai cakap belakang.

7. BERSABAR

Membina hubungan antara mentua, ipar dan ahli keluarga lain memerlukan masa dan kesabaran. Ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata, jadi sentiasalah bersabar dengan sikap mereka meskipun perit untuk ditelan.

Akhir sekali, walaupun hubungan anda dan ipar duai dingin namun, janganlah lakukan perkara buruk seperti berdoa sesuatu yang tidak baik. Biarkan sahaja mereka dengan sikap begitu kerana itu sahaja mampu membuatkan dirinya bahagia.

Sumber: Very Well Mind

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×