Famili

Isteri Menderita, Abang Ipar ‘Naik Tanduk’ Gilakan Harta Selepas Suaminya Meninggal Dunia!

31
SHARES
gila harta

Disarankan kepada suami di luar sana untuk menghibahkan harta kepada isteri dan anak-anak seawal mungkin, selagi tubuh masih bernyawa. Sudah banyak kisah di luar sana, setelah pemergian suami, sikap mentua dan ipar-duai berubah sekelip-mata menjadi gila harta.

Natijah dari itu, balu bersama zuriat anda yang hidup sengsara. Ingatlah, hati manusia sentiasa berbolak-balik. Maka, anda tidak boleh seyakinnya pada darah daging sendiri. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Baca juga: “Phatta Bukan Muslim, Tapi Dia Tunjuk Maksud Sebenar Amanah Bekerja”- Lelaki Ini Sedih Cleaner Ofis Meninggal Dunia

MACAM-MACAM DUGAAN TERJADI…

Gambar tangkap layar yang dikongsikan oleh Puan Marlia Ramli di hantarannya. ini memang benar terjadi

Sebagaimana tangkap layar yang dikongsikan oleh Puan Marlia Ramli di hantarannya, situasi hiba ini memang benar terjadi di dunia nyata.

Dalam coretan itu, menerangkan situasi seorang ibu tunggal bersama anaknya yang sering dikejar abang ipar selama bertahun-tahun untuk menuntut harta pusaka suaminya yang sedikit itu. Sungguh memalukan!

Manakala, pesanan yang disampaikan Puan Marlia di bawah ini ada benarnya. Jangan biarkan isteri dan anak-anak anda derita selamanya. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran buat para pembaca.

DERITA SELAMA-LAMA

1. Esok weekend. Tuan-tuan ambillah sedikit masa. Semak bersama-sama… Berapa jumlah simpanan yang isteri tuan-tuan ada?

2. Berapa banyak yang isteri tuan-tuan mampu jana pendapatan keluarga? Andai tuan-tuan tiada, isteri mampu urus segala

3. Andai tuan-tuan meninggal dunia, apa yang dihibahkan pada isteri jelita? Berapa banyak jumlah wang dan emas simpanan yang tuan-tuan sedia agihkan?

4. Anak-anak tuan-tuan akan ada tempat tinggal? Isteri tuan-tuan punya hati kental yang sanggup bertahan? Berapa lama

Gambar hiasan: KieferPix/Shutterstock.com

5. Saya 16 tahun bekerjaya sebagai HR ya tuan-tuan. Saya dah tengok abang kakak dan adik beradik yang tuan-tuan sanjung anggap baik segala, merekalah bakal jadi si celaka yang menyusahkan.

6. Merekalah yang sibuk menghitung harta pusaka dan insuran syarikat yang tuan-tuan tinggalkan. Tuan-tuan masih hidup segalanya baik belaka. Tuan-tuan meninggal esok, anak isteri tuan-tuan merempat tak apa… Yang penting mereka mahu bahagiannya.

7. Haloba manusia tak kenal sesiapa. Baik ibu bapa tuan-tuan atau saudara-mara. Selagi bernafas dan punya nyawa, pandanglah wajah anak isteri tuan-tuan.

8. Tuan-tuan jangan tunggang agama berserah pada takdir semata-mata. Selagi jasad menghirup udara, ambil lah langkah berjaga-jaga.

9. Pastikan isteri tuan-tuan punya sebuah rumah namanya. Pastikan isteri tuan-tuan tahu menjana wang untuk anak-anak tercinta.

10. Jika isteri tuan-tuan suri rumah tangga atau berpendapatan kecil saja, segera hibahkan harta. Agar pemergian tuan-tuan tidaklah meninggalkan DERITA SELAMA-LAMA.

Salam sayang dan ya, saya isteri juga.

Sumber: Facebook Marlia Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×