Suami Isteri

24 Jam Rasa Nak Mengamuk, Nampaknya Para Isteri Dah Ada 11 Tanda Stress Tahap Dewa!

33
SHARES
tanda stress teruk

“Asyik nak emo je aku ni, dah ada tanda stress teruk ke?”

Stress, depressi dan gangguan mood merupakan keadaan apabila seseorang merasa sedih dan hilang minat dengan penglibatan aktiviti sekeliling. Turut dipanggil ‘Major Dipressive Disorder’, situasi ini sebenarnya akan membawa anda ke sisi negatif kehidupan apabila semuanya menjadi suram dan tidak menarik lagi.

Menurut pakar Pakar Psikologi Craig Sawchuk, Ph.D., L.P. di Mayo Clinic, terdapat beberapa simptom yang menunjukkan diri seseorang khususnya para isteri sudah mengelami stres yang tinggi. Bak kata orang stres dah boleh capai ‘tahap dewa’! Inilah masanya untuk si suami ambil peranan.

11 TANDA STRESS TERUK PARA ISTERI ALAMI

tanda stress teruk

1.Rasa sedih, nak menangis, kosong dan seperti tiada lagi harapan untuk hidup.

2.24 jam rasa nak marah dan mengamuk. Masalah kecil berlaku pun rasa macam nak mengamuk!

3.Hilang rasa minat dan ingin terlibat dalam aktiviti bersama suami seperti seks. Bukan itu sahaja, hobi yang dahulunya menjadi kegilaan akan hilang begitu sahaja.

4.Alami masalah gangguan jadual tidur. Salah satunya adalah insomnia.

5.Mudah letih dan kurang tenaga walaupun hanya lakukan perkara remeh.

6.Kurang selera makan dan semakin kurus, atau makin tinggi selera untuk makan (khususnya makanan tidak sihat) dan naik berat badan.

7.Masalah anxiety semakin teruk. Mula rasa gelisah dan tidak tenang.

8.Mula terimbau kembali kisah lama seperti rasa tidak berguna, salahkan diri sendiri atas kesilapan lampau.

9.Ada masalah untuk ingat perkara penting dan susah untuk membuat keputusan.

10.Secara tiba-tiba fikir untuk mencederakan diri dan cubaan bunuh diri (haram untuk umat Islam)

11.Kerap ada masalah sakit badan, seperti sakit belakang dan sakit kepala.

BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

Ada juga dalam kalangan kita yang membuat temu janji bersama pakar psikologi atau pakar motivasi sejurus sahaja merasakan diri berada dalam tahap stres yang tinggi. Namun, jika anda tidak mempunyai tahap kewangan yang tinggi, boleh sahaja cari teman, ahli keluarga, pasangan atau orang yang anda percayai untuk meluahkan perasaan.

Jangan biarkan rasa stres ini menyelubungi diri dan menjurus kepada perkara negatif.

4 DOA PENDEK BOLEH DIAMALKAN UNTUK HILANGKAN STRES, RESAH

tanda stress teruk

Buat umat Islam, inilah masanya untuk kita berbalik semula kepada ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Semua penyelesaian telah tertulis dalam Al-Quran di mana ada doa-doa pendek yang boleh diamalkan untuk menghilangkan rasa stres dan resah ini. Pendek, mudah dihafal dan boleh sahaja baca dimana anda berada.

DOA 1

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh.

– Sahih Bukhari

DOA 2

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

– Hadis Riwayat Tirmidzi

DOA 3

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

– Sahih Ibnu Hibban

DOA 4

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

– Sahih Bukhari

*Jangan stres-stres okay, kalau nak cantik kena tenang. Betul tak?

Sumber: MayoClinic, Maahad al-Tahzib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×