Sihat

Tangan Terketar-Ketar & Buka Kasut, Ini Cara Tangani Panic Attack Macam Dialami Maya Karin

182
SHARES
tanda anxiety

Baru-baru ini viral di laman media sosial memaparkan pelakon popular tanah air, Maya Karin yang mengalami serangan panik di atas pentas semasa menyampaikan anugerah berprestij.

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah yang berlaku dan kelihatan, Faizal Hussein yang merupakan seorang pelakon popular dan juga rakan ketika menyampaikan anugerah membantu beliau menangani serangan panik tersebut. Jadi, macam mana nak tahu anda berada dalam kategori yang mempunyai ‘panic attack’?

Baca juga: Kenapa Kerap Rasa Berdebar-Debar? Rupanya Anda Alami Stres Kronik!

CARA TANGANI PANIC ATTACK MACAM MAYA KARIN

Maya Karin Tangani Serangan Panik Dengan Baik di Pentas Festival Filem. Tahniah diucapkan kepada Maya Karin yang telah berjaya menangani dengan baik serangan panik semasa berada di pentas kelmarin.

Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di lihat mula alami serangan panik sebaik sahaja berada di pentas .Mujur ada “Roy” yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi. Kasut dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing). Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik. Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada.

APA TANDA-TANDA ANDA ALAMI PANIC ATTACK?

Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan. Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam.

Antara 10 tanda anda mengalami serangan panik adalah:

-Berpeluh

-Rasa tak terkawal

-Telinga berdesing

-Rasa macam perkara buruk akan berlaku

-Berdebar

-Sakit dada

-Tangan kebas

-Sesak nafas

-Rasa nak pengsan/loya

-Rasa penat

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah serangan anxiety ini adalah dengan menggunakan teknik ‘grounding’ iaitu mula bernafas menerusi hidung dan hembuskan perlahan-lahan menerusi mulut. Ia membantu apabila anda telah berfikir terlalu jauh dan hilang kawalan.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×