Terapi

Wahai Supermom, Ini 7 Tanda Anda Sebenarnya Stres

25.9K
SHARES
tanda stres

Setiap ibu adalah supermom. Maka, letih dan stres boleh dikatakan sebahagian daripada lumrah kehidupan. Tapi kadangkala, kita tak menyedari betapa tertekannya kita setelah sekian lama mengabaikan kepentingan diri. Kalau ianya berterusan, ia boleh menjejaskan kesihatan dan memberi kesan jangka masa panjang.

Pelbagai kajian yang dilakukan oleh saintis mendapati bahawa ibu-ibu yang stres sukar untuk mengasuh anak secara positif. Malah, mereka lebih cenderung untuk bertindak kasar, menggunakan tona suara yang negatif, dan mengeluarkan komen-komen berbaur hinaan kepada anak-anak dan orang sekeliling.

Jadi, ketahuilah tanda stres ini dengan lebih awal supaya anda dapat melakukan sesuatu untuk mengawalnya.

Wahai Supermom, Ini 7 Tanda Anda Sebenarnya Stres

Berikut adalah tanda stres yang biasa dialami oleh ibu-ibu bergelar supermom.

1. Asyik Terlupa

Tak tahulah kenapa akhir-akhir ini kunci rumah dan kunci kereta selalu saja hilang. Selain misplace barang, anda asyik terlupa buat sesuatu yang anda memang biasa buat. Contohnya, lupa nak tekan suis periuk nasi atau ambil anak di sekolah. Malah, ada yang lupa kenapa anda pergi ke dapur tadi!

Berdasarkan kajian melalui Psych Central, otak akan mengalami ledakan maklumat atau ‘overload’ ketika dilanda stres. Ini akan menyebabkan kekalutan dan kekeliruan sehingga seseorang tidak mampu mengingat perkara-perkara biasa yang patut dilakukan. Jadi, jangan pandang remeh. Kalau kita lupa buat perkara seperti tutup api gas selepas memasak, ia boleh membahayakan nyawa!

cari barang hilang

Foto Kredit: immi-canada.com

2. Rasa Tak Cukup Tidur

Biasalah kalau kita mula letih dan ‘pancit’ menjelang petang atau selepas balik kerja. Tapi, kalau kita sering mengantuk dan tidak bermaya sepanjang hari, ia bukanlah petanda yang baik.

Walaupun dah tidur cukup 6-7 jam sehari, anda masih juga penat dan menguap sepanjang masa. Mana tidaknya, malam anak menyusu. Pagi pula awal-awal dia dah bangunkan kita. Mungkin kali terakhir anda betul-betul dapat tidur nyenyak adalah sebelum bayi anda dilahirkan!

tips ibu muda

Foto Kredit: goodhousekeeping.com

3. Letih Yang Melampau

Menurut Medical News Today, stres juga mempunyai kaitan rapat dengan kelesuan. Keletihan melampau ini akan berlaku dalam 2 aspek, iaitu secara fizikal dan juga mental. Secara fizikalnya, ia melibatkan rasa lemah pada otot dan kurangnya daya kekuatan untuk bergerak aktif.

Dari segi mental pula, mereka mudah berasa mengantuk, susah fokus, dan mungkin berasa pening kepala, demam dan kurang sihat.

anak susah tidur siang

Foto Kredit: lifeasmama.com

4. Kurang ‘Connection’ Dengan Anak-anak

Kita bersama anak-anak setiap masa tetapi kita tidak mampu menyelami perasaan mereka. Walaupun seharian dengan mereka, kita tak tahu apa yang mereka lakukan hari ini dan apa yang mereka dah buat di sekolah. Kita sibuk dengan memasak, membasuh, mengemas, media sosial, dan menguruskan perkara lain yang sebenarnya tidak berkesudahan.

Kita memang ada di samping mereka tapi jiwa kita ‘hilang’ entah ke mana. Malah, kita banyak pula menjerit dan memarahi mereka sekalipun mereka melakukan kesilapan kecil. Inilah salah satu tanda stres yang patut kita tahu agar dapat bertindak segera.

masa untuk anak

Foto Kredit: irishmirror.ie

5. Anda Lupa Kali Terakhir Anda Makan Dengan Tenang

Anda tak ada masa nak duduk bersama keluarga untuk makan. Menu harian anda adalah makanan lebihan anak, kopi, dan makanan segera yang kurang berkhasiat. Cuba ingat kembali, bilakah kali terakhir anda menikmati sesuatu hidangan dengan tenang?

Menurut kajian psikologi, stres menjadi penyebab kita memilih makanan yang tidak sihat. Makanan ini pula mempengaruhi mood dan kesihatan kita sehingga menjadikan kita stres. Ia sebenarnya adalah ‘kitaran jahat’ yang patut dihentikan!

tips surirumah

Foto Kredit: scarymommy.com

6. Cepat Marah Pada Pasangan

Pergaduhan adalah satu lagi tanda stres yang kronik. Tak tahu di mana silapnya, anda berdua semakin kerap berbalah pendapat dan akhirnya mencetuskan perang mulut atau perang dingin. Sekiranya situasi ini tidak diambil perhatian, ia boleh mengganggu kehidupan seksual dan seterusnya menjadikan hubungan retak menanti belah.

Dalam hal ini, wanita perlu faham bahawa lelaki tidak mampu memahami apa yang tersirat dalam hati wanita. Maka, berbincanglah dengan baik dan elakkan komen sinis jika mahu mereka mengambil serius terhadap keadaan anda. Bagi lelaki pula, ketahuilah bahawa seorang wanita sangat memerlukan anda untuk menghargai mereka setiap masa, terutamanya selepas berkahwin dan mempunyai anak. Jadi, lahirkanlah penghargaan dan rasa cinta anda melalui ucapan, perbuatan, dan mesej di telefon bimbit. Percayalah, semua ini amat bermakna bagi mereka!

Foto Kredit: onlyyouforever.com

7. Anda Cuma Mahu Bersendirian

Semasa mengalami semua perkara ini, anda hanya mahu menyorok dan ditinggalkan bersendirian. Anda tak mahu berjumpa sesiapa, bercakap dengan sesiapa, dan tak ada mood untuk melakukan apa-apa.

Sebenarnya, ‘me time’ atau ‘alone time’ adalah perkara normal dan ianya diperlukan oleh setiap manusia untuk berfungsi dengan lebih efisyen. Oleh itu, tidak hairanlah otak anda amat memerlukan ruang untuk merungkai segala kekusutan ini.

Foto Kredit: ixil.info

Lakukan Sesuatu Kalau Ada Tanda Stres Ini

Menjaga kepentingan diri bukanlah selfish. Dan meminta pertolongan daripada pasangan atau ahli keluarga lain tidak bermakna anda gagal menjadi supermom.

Kebanyakan masa, tanda stres ini berpunca daripada expectation anda sendiri yang tidak realistik. Anda mahu melakukan 200% daripada kudrat dan kemampuan anda. Jadi, sudah tentulah anda akan berasa penat dan tertekan. Jadi, cubalah bertenang. Relaks dan fokus pada keutamaan anda. Jangan rasa bersalah untuk reward diri sendiri walaupun 10-15 minit sehari.

Anda tak perlu mahir dalam semua perkara, tapi anda tetap seorang supermom!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×