Inspirasi

Bila Stres Dengan Anak Kecil, Ingatkan Diri Dengan 7 Perkara Ini

2.3K
SHARES
kesan stres

“Budak bertuah ni memang tak padan kecik, boleh tahan juga karenahnya. Benda yang kita dah larang banyak kali, benda itulah dia nak buat. Bila dimarah, mulalah mengamuk. Aduhai. Sabar, sabar…”

Membesarkan bayi dan anak kecil banyak cabarannya. Kalau dulu semasa bayi mereka punya kebolehan yang terhad, kini mereka sudah boleh berjalan, berlari, memanjat, dan bercakap. Apabila anak semakin aktif dan berusia sekitar 2-3 tahun, macam-macam perkara baru akan mula mereka lakukan. Susah betul nak ajak duduk diam.

Menariknya, walaupun dalam hal tersebut mereka semakin advanced, tapi bab-bab menangis dan meraung ini tetap juga nombor satu! Jadi, tak hairanlah ada ibu bapa yang pening kepala dan stres dengan anak masing-masing, bukan?

Bila Stres Dengan Anak Kecil, Ingatkan Diri Dengan 7 Perkara Ini

Apabila ini berlaku, tariklah nafas panjang-panjang dan ingatkan diri anda dengan 7 ‘mantera’ ini.

1. Anak Kecil Belum Faham Perasaan Orang Lain

Pertama sekali, ingatlah bahawa pada usia sekecil ini, mereka masih mengalami kesulitan untuk memahami emosi diri mereka sendiri, apatah lagi perasaan orang lain.

Menurut Psych Central, seorang kanak-kanak banyak mempelajari tindak-tanduk dengan meniru perbuatan orang lain yang dilihat mereka. Hanya apabila mencecah usia 5 tahun, mereka akan mula menyedari tentang perasaan orang lain di sekeliling mereka dengan lebih tepat. Mereka masih dalam proses belajar dan bukannya sengaja mencari masalah mahupun memetik suis kemarahan kita.

Apapun, kemahiran sosial ini boleh diasah dan diajarkan kepada si kecil melalui perbualan, bacaan, dan permainan yang melibatkan pelbagai emosi.

Foto Kredit: babyclub.asda.com

Foto Kredit: babyclub.asda.com

2. Disiplin Tak Boleh Diajarkan Dalam 1 Hari

Dalam usia ini, bukan semua yang kita ingatkan pada si kecil akan dapat diingat oleh mereka. Menurut The Daily Beast, ingatan anak kecil adalah seperti saintis. Mereka memerlukan pengulangan dan data yang cukup agar ia dapat diproses sebelum dapat membuat kesimpulan. Maka, bukan mudah untuk mengharapkan mereka berdisiplin setiap masa.

Oleh itu, mereka tidak mungkin akan terkesan dengan satu peristiwa sahaja. Dari sudut positifnya, mereka juga mudah memaafkan kita dan tidak menyimpan dendam walaupun pernah dimarahi. Jadi, jangan letih mengingatkan mereka setiap hari agar ia dapat menjadi tabiat baik secara automatik.

Foto Kredit: writesomething.org.au

Foto Kredit: writesomething.org.au

3. Ia Adalah Ekspresi Kasih Sayang Mereka

Ada masanya si kecil asyik ‘memerap’ dengan anda, suka menarik rambut anda, atau mungkin melemparkan mainan ke muka anda – ketahuilah bahawa mereka hanya ingin bermain atau menarik perhatian kita.

Walaupun nampak ‘annoying’, tapi itulah cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka kepada kita. Kalau berjauhan, tentu sunyi dan asyik teringat-ingat perangai ini, bukan?

Foto Kredit: ihappymama.ru

Foto Kredit: ihappymama.ru

4. Cara Kita Merespon Akan Memberi Kesan Jangka Masa Panjang

Menurut sumber, keperibadian anak akan terbentuk penuh ketika mereka mencapai usia 5 tahun. Oleh itu, ibu bapa perlu ingat bahawa didikan dan cara kita merespon terhadap mereka tetap akan memberi kesan jangka masa panjang.

Oleh itu, kenalah banyak bersabar dan menunjukkan contoh yang baik untuk mengendalikan sesuatu hal kerana mereka sentiasa mempelajari setiap gerak-geri kita.

Foto Kredit: delfi.lt

Foto Kredit: delfi.lt

5. Mereka Tidak Selamanya Kecil

Ketika anak masih kecil dan perlu diurus oleh ibu bapa, kita mungkin terasa begitu banyak masa dihabiskan bersama mereka. Tapi hakikatnya, dalam masa beberapa tahun lagi, mereka tidak lagi berkelakuan sedemikian.

Si kecil yang dulu banyak keletah, menghiburkan, suka ‘mengganggu’ ketenteraman anda kini sudah bersekolah, dan akhirnya semakin matang. Rugilah jika saat bersama mereka dahulu tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana kita pasti akan merinduinya!

Sikap ibu bapa

Foto Kredit: photographyblogger

6. Ini Adalah Latihan Pertama Untuk Anda

Jika anda fikir anak akan lebih mudah diuruskan apabila mereka besar, fikirkan semula. Mungkin anak yang lebih besar lebih mudah memahami arahan ibu bapa. Tapi, tidak semestinya mereka mahu mengikutinya.

Apabila anak meningkat usia remaja nanti, anda juga bakal berdepan dengan karakter anak yang moody, sukar meluahkan perasaan, susah diajak menolong, dan begitu sukar dijangka keadaannya! Anggaplah fasa ini sebagai latihan kepada anda yang bakal berdepan dengan ujian lebih besar pada masa hadapan.

cara melebatkan rambut anak

Foto Kredit: family-inc.com

7. Setiap Manusia Ada Kelemahan

Anak kecil, remaja, atau orang dewasa, semuanya mempunyai kelemahan masing-masing. Maafkanlah mereka dan jangan lupa maafkan juga diri sendiri sekiranya kita terlupa mengingatkan mereka.

Kebanyakan masanya, kita mudah berasa stres kerana expectation yang kita letakkan pada diri kita sendiri, bukannya kerana apa yang dilakukan oleh si kecil. Boleh jadi juga kita sebenarnya marahkan pasangan atau cemburu sebab asyik outstation dan jarang membantu kerja di rumah. Betul tak?

kesan stres

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Hargai Masa Bersama Si Kecil!

Peringkat awal pertumbuhan anak-anak ini adalah keajaiban yang sangat mengujakan. Jangan terlalu fokus kepada kesukaran yang ditimbulkan oleh mereka. Semua ini hanyalah sebahagian kecil daripada diri mereka saja.

Apa yang pasti, kesukaran inilah yang akan bertukar menjadi memori indah dan terpahat dalam ingatan anda selamanya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×