Asuh

3 Jenis Permainan Kanak Kanak Mengikut Perkembangan Umur

3.8K
reads
Permainan Kanak Kanak

Permainan Kanak Kanak

Sememangnya, permainan dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Ia ibarat aur dengan tebing. Sebagai ibubapa kita perlu tahu jenis-jenis permainan yang terdapat dipasaran. Apakah tujuannya dan bagaiman ia mampu merangsang si manja anda.

Pada asasnya permainan terbahagi kepada 3 jenis:

1) Functional Play (Permainan Berfungsi)

Permainan Kanak Kanak

Foto Kredit: http://cdn.kidspot.com.au/wp-content/uploads/2014/09/Balloon-face.jpg

Functional Play; adalah jenis permainan yang paling awal bagi seseorang anak kenali dan terpenting. Biasanya permainan ini digemari oleh anak dalam lingkungan umur 0-18 bulan. Contoh permainannya seperti; menolak barang jatuh dari meja, tepuk air sehingga hasil percikan dan menepuk tangan hingga keluar bunyi. Ini semua permainan fungsi yang mana anak dapat mepelajari sesuatu dari tindakan mereka (cause and effect).

Biasanya anak akan seronok bermain dan mengulanginya lagi dan lagi. Itu menjadi fitrah permainan ini. Secara tidak langsung anak akan pelajari mengawal tindakan dan memahami bagaimana sesuatu objek itu berfungsi; serta mengenali dunia dengan lebih dekat.

Membaling bola, meniup belon (bubble) atau menyusun blok kayu dan kemudian menjatuhkannya; ini juga adalah sebahagian contoh functional play. Melalui latihan functinal play sangat penting untuk perkembangan otot halus dan kasar anak. di samping menambah keyakinan dan kemahiran baru mereka.

2) Constructive Play (Permainan Membina)

Permainan Kanak Kanak

Foto Kredit: http://cdn.sheknows.com/articles/2012/06/sarah_parenting/sandcastle-building.jpg

Setelah anak memahami konsep objek dan tindakan dalam jenis permainan berfungsi (functional play). Mereka kemudiannya memiliki kemahiran memanipulasikan objek. Menyatukan objek dan membina. Contoh permainan seperti membina Lego, blok, melukis, menampal dan membina istana pasir.

Setelah anak memasuki fasa umur 2 tahun, tempoh tumpuan mereka untuk sesuatu aktiviti mula bertambah. Maka constructive play ini mampu menambah imaginasi, kreativiti, kemahiran motor, kebolehan menyelesaikan masalah dan self esteem anak-anak.

3) Pretend Play (Main Olok-olok)

Foto Kredit: http://www.putmeinthestory.com/content/images/blog/building-reader-imagination-sm.jpg

Foto Kredit: http://www.putmeinthestory.com/content/images/blog/building-reader-imagination-sm.jpg

Pernah tak dulu semasa kecil kita main masak-masak; atau main mak-mak atau main kahwin-kahwin. Inilah antara contoh ‘pretend play’. Ada peranan yang diambil dan dilakonkan. Kadang-kala gunakan sesuatu objek dan menukar fungsinya kepada lain. Contohnya penyapu ditukar fungsi menjadi motor. Kannn..?

Sekitar 3 tahun, anak kita telah mula menunjukkan minat dan kebolehan bermain begini. Permainan ini melibatkan keseluruhan kemahiran; kognitif, bahasa, sosial, imaginasi, meniru, berkongsi dan kemahiran motor.

Oleh itu, ibubapa harus mengetahui cara bermain dan pemilihan permainan mengikut kesesuaian umur dan perkembangan anak. Bermainlah bersama mereka kerana masa kecil mereka tidak akan berulang.

[infobox title=’Kenali Penyumbang Artikel’]

Teacher Ayu

teacher-ayu-excel-qhalif

Teacher Ayu merupakan pengasas playgroup di Excel Qhalif. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak. Merupakan penulis blog dan juga penulis jemputan dalam beberapa penulisan buku pendidikan awal anak-anak. Antara bukunya berjudul “Ibu Aku Ingin Tahu” yang terdapat di pasaran.

Beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang ‘speech & languange’ bagi membantu anak-anak yang lambat bercakap. Excel Speech Program diwujudkan oleh beliau khusus bagi ‘memberi suara’ buat anak-anak istimewa ini. InsyaAllah.

excel-qhalif-banner-trial

[/infobox]

 

Yang Popular

To Top