Asuh

Anak Tak ‘Behave’ Sebenarnya Perlu Dipeluk. Lihat 6 Perubahan Yang Berlaku

4.6K
SHARES

Bila anak buat perangai, bukan mudah kita nak mengawal emosi. Rasa nak marah, menjerit, lari jauh-jauh, dan ada masanya kita dah fed-up dengan semua drama ini.

Apa pun keadaan kita pada waktu itu, cubalah tawarkan pelukan kepada anak walaupun rasa ‘terpaksa’. Malah, tindakan ini turut disarankan oleh pakar psikologi.

6 Sebab Kena Peluk Anak Erat-erat Masa Mereka Buat ‘Perangai’

Salah satu cara mendidik anak nakal dan selalu tantrum adalah dengan memeluk mereka. Ini sebabnya yang kita perlu tahu.

1. Lebih Mudah ‘Dilentur’ Dengan Kasih Sayang

Anak kecil lebih mudah untuk mendapat pengajaran melalui kasih sayang berbanding hukuman atau pukulan. Apabila kita menjerit atau mengugut, anak-anak berasa ‘takut’ dan tidak lagi melakukan apa yang kita larang di hadapan kita. Tapi mungkin mereka akan membina ‘dinding’ dan berlakulah jurang antara ibu bapa dan anak-anak.

Sesetengah ibu bapa menganggap mencubit, menjentik, piat telinga atau ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak. Tapi sebaliknya, kajian mengesahkan bahawa kesan pukul anak termasuklah apa-apa hukuman berbentuk fizikal mampu mendatangkan kesan negatif kepada tubuh dan minda mereka walaupun anak baru sekecil usia setahun.

kesan pukul anak

Foto Kredit: thetimes.co.uk

2. Belajar Luahkan Perasaan

Kadangkala, mereka tidak tahu bagaimana sepatutnya mengatur ayat untuk meluahkan perasaan mereka dengan betul. Mengurus emosi memerlukan latihan demi latihan. Oleh itu, penting untuk kita tahu bahawa anak kecil sebenarnya sedang melalui emosi ‘roller coaster’ yang barangkali terlalu sukar untuk dikendalikan pada satu-satu masa.

Dengan menawarkan pelukan, ia membuka ruang kepada si anak untuk bertenang, berfikir sejenak, dan cuba memilih tindakan yang sepatutnya dilakukan.

anak suka mengamuk

Foto Kredit: parenting.com

3. Break The Cycle

Tahukah anda, semasa anak buat ‘perangai’, sebenarnya mereka juga berasa kurang selesa dan tidak berniat memalukan ibu bapa di hadapan orang ramai.

Apabila kita memarahi mereka, anak-anak menganggap kita tidak mempedulikan perasaan mereka. Malah, ia boleh membuat mereka berasa lebih teruk dan mungkin menganggap diri mereka ‘jahat’. Jadi, kitaran ini akan berterusan hanya menjadikan anak tambah menangis.

Jadi, break the cycle, atau hentikan kitaran ini dengan menawarkan pelukan.

Cara Disiplin Anak Dalam Islam

Foto Kredit: alamy.com

4. Membuka Ruang Untuk Komunikasi Berkesan

Salah satu cara untuk membuat anak bekerjasama dengan ibu bapa adalah melalui komunikasi berkesan. Semasa masing-masing sedang marah, kita mungkin akan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Oleh itu, pelukan adalah cara yang paling mudah tetapi memberikan kesan yang cukup magikal!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Foto Kredit: huffingtonpost.com

5. Diingatkan Tentang Unconditional Love

Sungguhpun mereka sedia maklum bahawa kita sayangkan mereka, mereka perlu selalu diingatkan, lebih-lebih lagi ketika sedang menghadapi masalah dan dilanda kesedihan.

Melalui pelukan, ia juga mengingatkan anak bahawa satu kesilapan tidak menjadikan mereka anak yang jahat atau teruk. Penting untuk mereka tahu bahawa kita bukannya tidak sukakan mereka, kita cuma tidak setuju dengan sesuatu perbuatan pada satu-satu masa. Beritahu apa perbuatan itu dan nyatakan sebabnya dengan jelas.

perkembangan anak 2 tahun

Foto Kredit: romper.com

6. Ia Menenangkan Ibu Bapa Juga!

Kadangkala, kita orang dewasa ini yang perlukan sebuah pelukan. Pelukan untuk menenangkan keserabutan, mengubat keletihan, dan memberi semangat. Pelukan ini jugalah yang dapat memberitahu kita bahawa kita sedang berusaha menjadi ibu bapa yang baik buat anak-anak.

Maka, tak hairanlah ahli terapi juga menyarankan bahawa setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya 8 pelukan setiap hari untuk menjadi seorang yang bahagia!

cara mendidik anak nakal

Foto Kredit : filori.net

Pelukan Ibu Bapa Adalah ‘Penyelamat’ Anak-anak

Ketika marah, mungkin kita sedang berlawan dengan ego dan perasaan kita, tetapi percayalah bahawa sebuah pelukan kepada anak tidak pernah sesekali merugikan.

Bahkan, anak-anak yang lebih besar juga tentu akan berasa lega dan amat menghargainya jika mendapat pelukan daripada ibu bapa. Jadi, lain kali tak perlu teragak-agak untuk memeluk anak-anak, sungguhpun semasa mereka tidak berkelakuan baik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×