Asuh

Jangan Marah Bila Anak Mengamuk, Ini 8 Perkara Mereka Cuba Beritahu Kita

3.7K
reads
anak suka mengamuk

“Tadi elok bermain, tiba-tiba mengamuk pula… Apa lagi ‘isu’ kamu ni wahai anak bertuah. Ada juga yang naik darah nanti…”

Masa anak kita baru lahir, kita ingat fasa itulah yang paling sukar. Tapi, apabila anak kita dah masuk fasa ‘toddler’ atau sekitar umur 2-4 tahun, barulah kita tahu langit tinggi atau rendah.

Emosi Anak Kecil Seperti ‘Rollercoaster’

“Pada usia bayi, emosi yang mereka rasakan adalah mudah – gembira, marah” kata ahli psikologi, Robert Pianta, Ph.D. Tapi selepas usia 2 tahun, mereka akan mula merasakan emosi yang lebih kompleks seperti rasa bersalah, malu, bangga, dan sebagainya – buat pertama kalinya.

Fasa ‘toddlerhood’ atau juga dikenali sebagai fasa ‘keremajaan pertama’ anak kecil ini akan melibatkan banyak permainan emosi mereka. Dalam satu saat, mereka boleh berubah ‘mood’ seperti sebuah ‘rollercoaster’. Maka tak hairanlah mereka tiba-tiba gembira, tetapi lepas itu menangis pula. Dikenali sebagai fasa ‘terrible two’, penting untuk kita tahu bahawa mereka sebenarnya juga sedang melalui perubahan tertentu yang barangkali terlalu sukar untuk dikendalikan pada satu-satu masa.

Oleh itu, sebelum kita naik darah apabila anak suka mengamuk, cuba tarik nafas dan berfikir sejenak. Mari kita selami isi hati mereka dan fahami 8 perkara yang mungkin cuba mereka beritahu kita.

anak suka mengamuk

Foto Kredit: parenting.com

8 Perkara Anak Kita Cuba Nak Beritahu Semasa Mereka Mengamuk

Oleh kerana kebolehan yang terhad untuk mentafsir emosi dan mengucapkan perkataan, mereka akhirnya mengamuk dan menangis. Jadi, sebelum memarahi mereka, ini 8 perkara yang mereka cuba beritahu kita.

1. “Saya Sangat Letih”

Bagi seorang dewasa, kita tahu bila kita berasa letih dan secara automatiknya kita akan cuba memperlahankan aktiviti sedikit demi sedikit. Tapi, seorang anak kecil kurang mahir mengenalpasti signal yang dikeluarkan oleh tubuh mereka sendiri.

Akibatnya, mereka telah berasa terlalu letih dan tak tahu apa yang patut dilakukan untuk mengatasi rasa tersebut. Jadi, mereka pun mula menangis sekuat hati atau mengamuk.

Foto Kredit: babyclub.asda.com

Foto Kredit: babyclub.asda.com

2. “Saya Tak Suka Benda Baru”

Pada usia tahun inilah anak kecil biasanya mula pandai berjalan, bercakap, dan bermain sendiri. Mereka juga biasanya akan dilatih untuk berhenti menyusu, bercerai lampin, dan beralih daripada makanan bayi.

Walaupun ianya mengujakan, ada kalanya semua pembaharuan ini terlalu ‘susah’ untuk mereka kendalikan.

Foto Kredit: toddlertoolbox.com

Foto Kredit: toddlertoolbox.com

3. “Saya Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana”

Bagi orang dewasa, ada kalanya mereka lebih suka ‘bebas’ dan mahu membuat keputusan sendiri. Tapi, ada juga masanya kita rambang mata atau tak tahu nak buat pilihan yang mudah. Contohnya nak makan apa malam ini? Nak masak apa hari ini? Fikir punya fikir, tak sangka boleh naik stres juga, bukan?

Begitulah juga halnya dengan anak kecil. Kalau boleh, terhadkan kepada 2-3 pilihan saja supaya mereka mudah memilih. Nampak remeh, tetapi anak suka mengamuk mungkin kerana sukar membuat keputusan.

4. “Saya Lapar”

Kelaparan boleh membuat sesiapa saja rasa ‘moody’, tak kiralah orang dewasa atau kanak-kanak. Bezanya, anak suka mengamuk kerana mereka terlewat mengesan rasa lapar ini, terutamanya apabila sedang sibuk bermain. Samalah halnya dengan keletihan tadi.

Jadi, pastikan mereka diberi makan pada waktu makan yang sepatutnya. Kalau tengah travel, bawalah snek-snek berkhasiat dan mengenyangkan sebagai persediaan.

bawa anak bercuti

Foto Kredit: yumboxlunch.com

5. “Saya Takut Mama Marahkan Saya”

Ironinya, salah satu sebab mereka menangis dan mengamuk bukan kerana mereka mahu memalukan kita. Sebaliknya, ada masa tertentu anak kecil ini berasa ‘takut’ kerana mereka fikir mereka telah melakukan kesalahan ‘besar’.

Contohnya, mungkin mereka makan coklat yang kita larang sebentar tadi. Sama ada kita mengetahui apakah kesalahan itu atau tidak, seorang anak kecil belum pandai menyembunyikan dan mengatasi rasa ‘bersalah’ yang mereka rasai lalu menangis dan mungkin terus mengamuk.

anak suka mengamuk

Foto Kredit: minq.com

6. “Saya Nak Buat Sendiri!”

Dalam usia ini, mereka mahu melakukannya banyak perkara dengan usaha mereka sendiri seperti memakai baju. Memang nampak terkial-kial, tapi cubalah ‘tahan’ rasa nak tolong mereka.

Pada awalnya, mereka akan tersangkut dalam pakaian, pakai baju terbalik, atau ambil masa yang sangat lama. Dalam hal ini, cubalah tersenyum dan jangan menunjukkan reaksi marah atau kecewa. Tanpa mengucapkan sebarang perkataan, reaksi negatif ini sudah cukup membuatkan anak kecil bertambah stres dan mengamuk!

Foto Kredit: kukuriku.ru

Foto Kredit: kukuriku.ru

7. “Saya Sendiri Tak Faham Apa Yang Saya Rasa”

Menurut Psych Central, seorang anak kecil akan mula merasakan pelbagai jenis emosi dalam usia 2-5 tahun. Dalam tempoh ini, mereka sudah boleh membezakan bahawa mereka adalah sebuah entiti berbeza daripada ibu bapanya.

Bukan mudah untuk mereka membezakan segala jenis perasaan dan emosi ini, apatah lagi untuk menentukan tindakan yang sepatutnya mereka lakukan.

perkembangan anak 2 tahun

Foto Kredit: romper.com

8. “Saya Mahu Pelukan Mama…”

Kata-kata nasihat atau bebelan kita terhadap anak mungkin akan menyebabkan mereka berasa lebih teruk. Malah, mereka mungkin tidak memahami sepenuhnya apa yang kita katakan, lebih-lebih lagi apabila emosi mereka yang tidak stabil.

Dalam kebanyakan hal, emosi ‘besar’ ini akan dapat dikawal hanya selepas mendapatkan pelukan magik daripada ibu bapa!

Jangan lupa peluk anak-anak juga

Anak Suka Mengamuk Perlu Memahami Emosi Mereka

Mendidik anak pada usia ini memang mencabar. Namun, anak kecil bukannya cuba memalukan ibu bapa atau membalas dendam terhadap apa yang kita lakukan terhadap mereka.

Sebagai ibu bapa, ada banyak cara anda boleh memperkenalkan mereka terhadap pelbagai jenis emosi ini seperti melalui perbualan, nyanyian, atau membaca buku cerita. Mudah-mudahan mereka akan lebih mudah menguruskan diri dan tidak mengamuk lagi!

Yang Popular

To Top