Famili

10 Tahun Menyusu Badan Walaupun Bekerja, Ini Yang Saya Amalkan

44.6K
reads

Pernahkah anda berasa letih dan berputus asa sepanjang misi menyusukan anak dengan susu badan? Ternyata, tugas menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila kita stres, letih, dan diuji dengan perkara-perkara berat, tentu ada masanya fikiran kita akan menerawang ke ruang-ruang negatif.

Di sini, kami berbesar hati untuk berkongsikan pengalaman seorang ibu, Puan Juzaila Abd Satar yang menyusukan 5 orang anak beliau dan direzekikan pula lagi dengan 5 orang anak susuan. Jika dihitung-hitung, kini pengalaman menyusukan anak-anak sudah masuk 10 tahun!

Mengagumkan, bukan? Jom kita ikuti tips dan perkongsian menarik daripada beliau.

tips-penyusuan-puan-ziela-4

10 Tahun Menyusu Badan Walaupun Bekerja, Ini Yang Saya Amalkan

Alhamdulillah. Allah kurniakan rezeki berpanjangan. Rezeki diatas usaha saya yang tidak pernah rasa ‘down’ di sepanjang meneruskan penyusuan anak.

Suka saya nak berkongsi beberapa perkara yang saya lakukan, saya tahu pasti ramai yang melakukannya juga.

1. Menyusu Sejurus Saja Melahirkan

Saya menyusu sejurus saja melahirkan. Beratnya 3.95kg, bersalin normal dan mudah, tenang-tenang saja melahirkannya. Menyusu di sepanjang masa di labor room sementara menunggu masuk wad dengan posisi separuh baring, baby meniarap ke dada. Berasa lenguh memangku baby dengan berat yang hampir 4kg. .

2. Tidak Simpan Stok Dalam Pantang

Di sepanjang waktu berpantang, hanya beberapa kali saja memerah hanya kerana nak legakan bengkak masa bawah usia seminggu. Normal bengkak ketika bawah 2 minggu kerana badan belum dapat ‘adjust’ penghasilan susu.

Marmet adalah pilihan saya. Selebihnya susukan sekerap setengah jam sekali pada waktu siang dan sejam sekali waktu malam. Saya tidak simpan stok dalam pantang. Seronok susukan anak setiap setengah jam. Rindu sangat.

3. Cuba Buat Tandem Nursing Selepas Habis Pantang

Bila sudah habis pantang, cuba buat tandem nursing (menyusu sebelah memerah sebelah). 4-5 kali sehari. Dapat 1-2 oz setiap sesi. Buat hanya selama 3 minggu. Dihentikan tandem kerana ada ketulan yang dipercayai ‘blocked duct’ (puncanya ‘oversupply’).

Mula semula memerah 2 minggu sebelum kembali bekerja semula. Saya mula bekerja dengan stok lebih kurang 200 oz. Anak belum 5 bulan, ‘deep freezer’ saya sudah penuh dan ketika ini direzekikan 2 orang anak susuan.

4. Perkenalkan Botol Susu Semasa Hampir Masuk Kerja

Saya perkenalkan botol susu pada Ammar pada usianya 86 hari. Ya, sejak lahir sampailah umurnya 86 hari, saya hanya ‘direct feeding’.

Walaupun pada usianya 60 hari saya demam 5 hari kerana Urinary Tract Infection sampai kena ‘drip’ di HKL, saya angkut Ammar bersama saya. Anak-anak sebelum ini pun memang dah nak masuk kerja baru saya ajar botol.

tips-penyusuan-puan-ziela-2

5. Aturkan Jadual Memerah Yang Konsisten

Apabila sudah bekerja, saya aturkan jadual memerah 4-5 kali sehari. Tanpa gagal. Pernahlah juga ‘missed’ tetapi seingat saya belum pernah sampai 10 kali. Tidak biarkan sampai bengkak. 4 sesi biasanya pada jam 0745, 1030, 1300 dan 1700.

Ada juga memerah 1 sesi lagi sekiranya ‘free’ pada jam 1130. Sebenarnya saya tak ada masa nak perah berlama-lama. Fokus saya memerah untuk kerap ‘stimulate’, bukan menuai hasil semata-mata.

6. Tetap Perah Walaupun ‘Outstation’

Semasa bawah setahun, kerap juga ‘outstation’. Bawa Coleman ke mana saja supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan peti ais yang disediakan. Menukar ais pagi petang sudah menjadi keseronokan saya.

Pengalaman yang bukan semua orang dapat menikmatinya. Pernah juga ‘packing’ susu perahan di kedai semasa di Kota Kinabalu kerana ‘cooler bag’ tidak cukup ruang. Fikirkan susu tidaklah sebanyak itu untuk dibawa pulang.

7. Menyusu Setiap Jam Pada Waktu Malam

Sejak lahir memang sudah melatih anak menyusu setiap jam pada waktu malam. Sejak ada anak 11 tahun dulu memang tidur malam saya tidak tahu bila lenanya. Jadi, masa dalam pantang siang atau malam sama saja pada saya.

Melayan anak menyusu dengan gembira dan saya risau anak tidur lama lebih sejam. Jika lebih sejam pasti saya akan mula menyalinkan lampin atau ubah posisi tidurnya supaya bayi sedar dan saya boleh menyusukannya.

tips-penyusuan-puan-ziela-3

8. Memerah Di Mana-mana Saja

Kerjaya saya yang memerlukan saya selalu berada di banyak tempat dalam 1 hari. Mesyuarat, seminar, kursus bukanlah masalah pada saya.

Saya pernah sertai latihan menembak pistol di Kulim yang mana lokasinya jauh dari orang. Tandas pun ‘sharing’ tapi bukan halangan untuk saya terus konsisten dengan jadual memerah. Ketika itu ais yang dibawa tidak mencukupi dengan murah hati pembekal makanan bungkus memberikan saya ais dari bekas air sirap. Yang penting susu perahan kekal pada suhu yang sepatutnya.

9. Kerjaya Di Kalangan Lelaki Bukan Halangan

Saya bekerja dikalangan orang lelaki. ‘Surveyor’ wanita tak ramai. Masa umur anak 1 tahun 1 bulan saya bertukar pejabat. Tanggungjawab bertambah.

Alhamdulillah, saya boleh lagi memerah. Walaupun boleh perah di meja, ada ‘privacy’ kata kawan-kawan tapi saya pilih ke surau sekejap pada sesi 2 biasanya. Saya bagi ruang ‘subordinate’ boleh jumpa bila-bila masa. Tak selesa perah di meja nak pula kena bergerak ambil itu ini. Kalau ‘meeting’ di bangunan lain, saya memang angkut semua dan perahlah di mana pun.

10. Memilih ‘Direct Feeding’ Bila Bersama Anak

Ketika bersama anak, hanya susukan terus ke payudara. Saya kerap ‘offer’ anak menyusu sekerap setengah jam sekali. Pada saya, cukuplah pam mencuri peranan mengeluarkan susu semasa saya berjauhan dengan anak.

Apabila bersama, inilah peluang saya melancarkan kristal-kristal lelemak susu yang mungkin terbentuk semasa waktu bekerja. Ketika anak dibawah 6 bulan, pernah juga beberapa kali memerah semasa lepas subuh tetapi saya lebih suka anak mengempeng di dada.

11. 2 oz Untuk Anak Setiap Kali Minum

Bekalkan susu 14-16 oz sepanjang waktu bekerja antara jam 0730-1730 biasanya . Dengan bekalan 2oz setiap botol. Anak dapat menyusu sekerap 1 jam setengah sekali. Nampak 2 oz itu sikit pada kebanyakkan orang tetapi 2 oz yang berlemak tinggi hasil perahan yang kerap.

Berikan 2 oz bukanlah saya kedekut tetapi saya aturkan penyusuan yang tenang sehingga 2 tahun. Saya boleh berikan lebih lagi semasa bawah 17 bulan tetapi saya suka anak ‘reversed cycle’ iaitu menyusu kerap selepas saya balik bekerja.

Berikan 2oz bukanlah bermakna saya boleh bermalas-malasan untuk memerah. Saya kekal memerah kerap walaupun saya tahu jumlah perahan berlebih dari yang diperlukan semasa bawah 18 bulan dulu.

botol-susu

12. Tidak ‘Target’ Stok Beribu Oz

Bagi hasil perahan 1 sesi, 5oz dah cukup banyak bagi saya. Tak pernah dapat berbelas oz apatah lagi berpuluh oz. Kerap memerah susu berlemak tinggi. Yang penting cukup.

Saya tidak ‘target’ stok beribu oz. Stok ’emergency’ dalam 250 oz saja masa Ammar belum makan banyak. 14 oz seharian cukup untuk Ammar. Sejam hingga sejam setengah dapat minum. 2 oz cukup untuk Ammar.

Hasil Susu Perahan Setiap Hari (Lebih kurang):

– bawah 6 bulan = 25-30oz
– bawah 12 bulan = 20-25oz
– bawah 15 bulan = 15-20oz
– bawah 18 bulan = 12-14oz
– bawah 20 bulan = 10-12oz
– 23 bulan 7-10oz

Walaupun nampak 2 oz sebotol, berat anak saya naik banyak pernah sehingga 13 kg beratnya. Seperti yang saya katakan, 2 oz hasil perahan yang kerap-kerap adalah susu berlemak tinggi. Cukup untuk tumbesaran anak saya. Walaupun hanya dengan susu ibu saja, tumbesarannya normal.

Saya juga tidak pernah buat ‘power pumping’. Bab ini, sila jangan ikut saya ya. Susu saya perlahan-lahan berkurang kerana saya faham apabila anak meningkat usianya, perlahan-lahan hormon prolaktin akan turut berkurang. Maka, perubahan hasil perahan tidaklah menyebabkan saya susah hati. Yang penting cukup untuk anak saya.

cara simpan susu badan

13. Cuba Jarakkan Kehamilan

Ya, aturan saya semasa menyusukan anak bawah 2 tahun adalah mesti pastikan Rahim saya kosong. Saya mahu enjoy susukan anak tanpa gangguan apa2. Kerana, apabila mengandung, kebanyakan badan akan mengalami susu kurang dan ramai yang kering susunya.

Walaupun saya dulu ‘try to conceive’ selama 6 tahun selepas berkahwin, saya masih menjarakkan kehamilan supaya saya susukan anak dengan susu ibu dengan lancar. Kerana saya tahu kebanyakkan badan susu akan kering apabila mengandung lagi.

14. Perah Hari Ini Untuk Hari Esok

Sepanjang 17 bulan, anak dibekalkan ‘chiller’ lebih kurang 90% dan selepas itu baru ‘frozen’ digunakan sebagai ‘rotation’. Umpama perah hari ini untuk hari esok gayanya. ‘Frozen’ hanya untuk ’emergency’ dan ‘top up’ sekiranya saya perlu ‘outstation’.

Guna botol ‘Treenie’ sejak umur 3 bulan dan sampailah sekarang. Mula minum dari ‘chiller’ saja tanpa disuamkan sejak umurnya 12 bulan.

01

Terus minum dari ‘chiller’ tanpa disuamkan sejak usia 12 bulan

15. Tiada ‘Milkbooster’

Makan makanan sebenar saja. Tak ambil ‘processed food’, ‘junk food’ jauh sekali. Makan nasi, nasi, dan nasi. 95% ‘homemade food’. Adalah ambil minyak kelapa dara, minyak zaitun, madu. Kurma memang banyak diambil. Seharian 10-15 biji sebagai kudap-kudapan.

Saya suka kurma mariami dan biasa beli borong 10kg tahanlah 3 bulan makan sekeluarga.

16. Jaga Hubungan Dengan ALLAH Dan Sesama Manusia.

Hubungan dengan ALLAH, hubungan dengan manusia. Bercakaplah perkara baik, bantulah sehabis mampu. Hulurkan rezeki kepada orang lain kerana saya yakin setiap rezeki saya ada milik orang.

Usaha untuk melakukan solat sunat taubat, hajat, dhuha. Inilah paling utama dalam urusan hidup saya sebenarnya.

cara simpan susu ibu

Puan Ziela bersama anak-anak.

Setiap Bayi Berbeza Ragamnya

Semoga coretan ini menjadi sedikit pembakar semangat bagi ibu-ibu yang baru memulakan penyusuan. Ini hanya perkongsian pengalaman ya! Bayi kita tak sama, ragamnya pun berbeza-beza.

 

*Perkongsian asal tentang pengalaman dan cara simpan susu ibu sewaktu bekerja oleh Puan Juzaila Abd Satar melalui laman Facebook  ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Banyak lagi tips yang dikongsikan oleh beliau. Boleh follow dan berhubung terus dengan beliau di sini.

Yang Popular

To Top