40 Minggu

7 Tips Memilih Pam Susu Terbaik Dan Berbaloi Dengan Bajet Anda

164
SHARES

“Banyaknya jenama pam susu sekarang – Medela, Tommee Tippee, Avent, Unimom, Freemie. Keliru nak pilih yang mana. Kalau boleh memang nak yang murah saja, tapi takut tak bagus pula. Bagaimana memilih pam susu terbaik dan yang sesuai dengan kita ya?”

Sekarang makin ramai ibu yang berkesedaran dan memilih susu badan untuk bayi mereka. Mungkin ada yang beum tahu bahawa menyusu badan bukanlah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja. Oleh itu, keperluan menyusu juga perlu dipilih sebaiknya demi melancarkan proses penyusuan badan sekurang-kurangnya 6 bulan pertama atau lebih baik lagi hingga bayi berusia 2 tahun.

Jadi, sebelum berbelanja besar, eloklah anda menilai dan mengetahui kriteria pam susu terbaik yang sesuai berdasarkan bajet dan ciri yang anda inginkan.

cara buat jus kurma

Foto Kredit: babycenter.com.my

7 Tips Memilih Pam Susu Terbaik Dan Berbaloi Dengan Bajet Anda

Berikut adalah panduan dan tips memilih pam susu terbaik dan sesuai untuk kegunaan anda.

1. Anggarkan Berapa Kerap Ia Akan Digunakan

Kekerapan menggunakan pam susu ini dapat menentukan sama ada anda memerlukan jenis manual, elektrik, mahupun yang menggunakan bateri.

Sebagai permulaan, anda boleh membeli pam manual terlebih dahulu kerana ianya sangat mudah praktikal untuk digunakan di mana saja. Namun, ia tidak dapat memerah susu dengan cepat mungkin agak meletihkan jika anda bakal menggunakannya dengan kerap.

Jadi, jika anda bakal kembali bekerja sepenuh masa selepas cuti bersalin, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan pam susu jenis elektrik.

Foto Kredit: tommeetippee.us

Foto Kredit: tommeetippee.us

2. Saiz & Mobiliti

Jika anda memilih pam manual, biasanya ia bersaiz kecil dan tiada masalah untuk membawanya ke mana-mana.

Sekiranya anda membeli pam elektrik, anda perlu mengetahui saiz dan rekabentuknya sama ada ia mudah untuk dibawa ke sana sini. Kadangkala keseluruhan set beserta beg penyejuk (cooler) dan botol penyimpan turut ditawarkan sekali untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Foto Kredit: groupon.com

Foto Kredit: groupon.com

3. Masa Penggunaan

Sekiranya anda perlu mengepam susu pada waktu yang terhad seperti sewaktu masa rehat tengahari atau pertengahan waktu bekerja di pejabat, tentu lebih praktikal jika anda memilih ‘double breast pump’ yang dapat digunakan pada kedua-dua belah payudara. Ianya dapat menjimatkan separuh daripada waktu mengepam biasa.

Di samping itu, jangan lupa memilih ketahanan bateri yang lama jika ia perlu dibawa dan digunakan di tempat yang berjauhan daripada plug atau sumber elektrik. Dapatkan jenis ‘heavy duty’ jika anda bakal memerlukan pam susu ini untuk bayi kembar.

Foto Kredit: plus.google.com

Foto Kredit: plus.google.com

4. Harga

Pam susu yang mahal itu tidak bererti ianya paling sesuai dengan anda dan begitulah juga sebaliknya. Harga pam susu bergantung kepada ciri-ciri yang ditawarkan, kualiti ketahanan, dan juga jenama pengeluarnya. Jadi, semak keperluan anda dan sesuaikannya dalam lingkungan bajet tersebut.

Tahukah anda, kerajaan telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM1,000 dalam Bajet 2017 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu yang akan diberikan setiap 2 tahun sekali.

Foto Kredit: thebump,com

Foto Kredit: thebump.com

5. Alat Ganti

Samalah macam kita membeli kereta, walaupun kadang-kadang harganya murah, tetapi susah pula mencari alat gantinya. Ini penting kerana apabila kita menggunakan pam susu dengan kerap, pasti ada masanya ia perlu diservis dan mungkin ada pula bahagian yang rosak seperti tubing, filter, atau connector. Ada jenis pam tidak ‘compatible’ untuk digunakan bersama botol susu atau alat ganti jenama lain.

Maka, pastikan anda menyemak waranti dan cawangan / jenama pengeluarnya sama ada ia terletak berhampiran anda. Jenama yang terkenal biasanya menjual alat ganti ini dengan banyak di pasaran dan ianya boleh didapati dengan mudah secara ‘online’.

pam susu terbaik

Foto Kredit: pupsikstudio.com

6. Bunyi

Pam susu jenis elektrik biasanya akan mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding pam manual. Bunyi ini tidak mendatangkan masalah jika ia digunakan di rumah. Namun, mungkin anda berasa kurang selesa apabila perlu mengepam di tempat awam seperti di pejabat.

Seperkara lagi, jangan lupa mempertimbangkan faktor bahawa anda juga perlu menggunakannya di tengah malam ketika semua orang sedang tidur.

Foto Kredit: welrounded.ny.com

Foto Kredit: wellrounded.ny.com

7. Keselesaan

Jika payudara anda jenis sensitif atau bersaiz besar, jangan teragak-agak untuk bertanyakan kepada penjual tentang ciri keselesaan yang diperlukan. Pastikan ia mempunyai butang kawalan bagi tekanan, serta pad lapik yang lembut pada corong pam tersebut.

Anda juga perlu mempertimbangkan sama ada ianya mudah dicuci selepas digunakan. Sebagai tambahan, ada juga jenama yang membolehkan anda mengepam dengan selesa tanpa perlu menyelak baju terlalu banyak selain menawarkan ciri ‘hands free’ di mana anda boleh menggunakannya tanpa memegang pam mahupun botol susu. Mudah bukan?

Foto Kredit: drbrownsbaby.com

Foto Kredit: drbrownsbaby.com

Rajin-rajinlah ‘Survey’

Setelah mengetahui tips memilih pam susu yang betul, bolehlah anda menyenaraikan ciri yang anda pentingkan. Bawa senarai ini ke kedai dan pilihlah berdasarkan ciri tersebut dan sesuaikan dengan bajet anda.

Rajin-rajinlah juga ‘survey’ harga dan promosi supaya anda dapat membelinya dengan harga yang paling jimat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×