Bersalin

6 Sebab Cuti Bersalin Bukan Masa Untuk ‘Joli Katak’

455
reads
cuti bersalin

“‘Best’lah kau, bulan depan dah nak mula cuti bersalin. Untungnya dapat cuti 2 bulan. Dapatlah rehat puas-puas!”

“Masa cuti berbulan tu, orang lain yang akan buat kerja dia sedangkan dia seronok berehat. Tak payahlah cuti lama-lama sangat. Kasihan kat kawan sekerja.”

Memang tak sedikit orang yang akan membuat andaian sebegini, bukan? Selalunya dakwaan ini dilontarkan oleh mereka yang tak pernah melahirkan anak ataupun kaum lelaki yang kurang memahami keperluan berpantang bagi wanita.

cuti bersalin

Foto Kredit: wsj.com

Cuti Bersalin Di Malaysia

Tahukah anda, cuti bersalin di Malaysia yang biasanya 60 hari bagi pekerja swasta dan 90 hari bagi pekerja kerajaan ini adalah adalah antara yang paling singkat berbanding negara luar. Menurut sumber Astro Awani, kebanyakan negara maju di seluruh dunia seperti United Kingdom, Kanada, dan Singapura secara puratanya memperuntukkan sekurang-kurangnya 120 hari untuk cuti bersalin.

Malah, ada negara yang turut mengambil langkah memudahkan pengurusan ibu dan anak dengan memperuntukkan cuti bersalin kepada para bapa. Contohnya, Norway mewajibkan ‘paternity leave’ selama 12 minggu. Manakala, Kanada membolehkan tempoh cuti bersalin 35 minggu dikongsi bersama suami.

Ada yang menganggap cuti bersalin ini terlalu panjang dan akan merugikan syarikat. Tak kurang pula yang menganggap tempoh ini sebagai waktu ibu-ibu ini ‘berehat’ dan ‘bersuka ria’.

pakej berpantang

Foto Kredit: klikdokter.com

6 Sebab Cuti Bersalin Bukan Masa Untuk ‘Joli Katak’

Bagi yang kurang faham kenapa cuti bersalin bukanlah ‘percutian’ atau waktu bersuka ria, ini perbezaannya.

1. Tidur

Percutian: Kalau waktu cuti, kita biasanya akan ‘ganti’ tidur sepuas-puasnya. Tak ada isulah kalau nak bangun lewat, nak tidur lewat, nak keluar malam, bersosial, dan sebagainya.

Cuti Bersalin: Dalam tempoh cuti bersalin, perkataan ‘tidur’ itu sendiri macam tak wujud lagi. Terpaksa bersengkang mata dan mengubah jam tidur biasa. Untuk 2 minggu pertama terutamanya, anda akan mengalami kekurangan tidur yang agak serius dan keadaan ini boleh berlanjutan hingga anak masuk umur sebulan atau lebih.

2. Jadi ‘Kilang Susu’

Percutian: Tak pernah ada isu pun dengan payudara kecuali kadangkala sakit sedikit ketika mengalami haid.

Cuti Bersalin: Bukan nak berdrama, tapi waktu ini ‘kilang susu’ memang terlalu sibuk sampai tak menang tangan! Ketika ini, semua ibu sedang ‘struggle’ untuk menyesuaikan diri dengan penyusuan badan dan penyimpanan stok. Itu belum kira lagi mereka yang mengalami masalah puting melecet, tersumbat, mastitis, demam, dan payudara bengkak. Baju pun perlu selalu berganti akibat ‘leaking’. Lenguh satu badan jangan cakaplah!

Foto Kredit: botaebebave.com

Foto Kredit: botaebebave.com

3. Makan

Percutian: Makanan dan minuman yang sedap-sedap, yang tak pernah makan, yang dimasak dari hati. Boleh pergi jauh-jauh sekadar nak cari makanan yang diidamkan. Pendek kata, yang terbaiklah!

Cuti Bersalin: Makanan ibu berpantang biasanya kena kurang gula, kurang garam, kurang rasa. Takut nak makan semua benda. Jadi, menu selamat ialah nasi putih dengan ikan kukus dan sayur. Minuman pula air kosong secukup rasa.  Ini pun kira untung sangatlah kalau ada yang tolong masakkan.

4. Pemandangan

Percutian: Indahnya! Udara segar, lain dari hari yang lain. Hotel selesa, penginapan yang lengkap dengan pelbagai servis.

Cuti Bersalin: Seharian tak keluar bilik kalau tak ada tetamu. Kalau rajin menjenguk tingkap di bilik, bolehlah nampak pemandangan di luar.

cuti bersalin

Foto Kredit: theallineed.com

5. Emosi

Percutian: Seronok sangat sampai boleh menangis sebab tak nak balik.

Cuti Bersalin: Anda yang selama ini tak pernah menangis mungkin akan menangis sekali bersama bayi anda. Tapi, sebabnya adalah lebih kepada tekanan perasaan. Mungkin akibat anak yang tak berhenti menangis, tak cukup tidur, suami tak reti nak menolong, emosi tak keruan, atau terpaksa menahan kesakitan badan.

tak cukup tidur

Foto Kredit: drchristinahibbert.com

6. Hari-hari Terakhir

Percutian: Baru balik bercuti biasanya kita akan lebih bersemangat. Masuk kerja pun tersengih-sengih. Maklumlah, ramai yang menegur wajah yang berseri-seri. Bawa cenderahati lagi!

Cuti Bersalin: Muka serba risau akibat memikirkan anak yang baru daftar nurseri atau ditinggalkan kepada pengasuh. ‘Mood’ nak kerja ‘ke laut’. Fobia dengan kes-kes dera anak. Tak sabar nak tunggu waktu balik!

tips bekerja ceria (2)

Bersalin Perlu Banyak Persediaan

Untuk membantu menguruskan kesihatan dan juga keperluan semasa berpantang, bakal ibu dan bapa perlu membuat persediaan awal. Malah, sangat penting melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan agar dapat melancarkan proses menerima kehadiran bayi di rumah

Nyatanya, di sebalik kegembiraan menimang cahaya mata, tempoh 2 bulan semasa berpantang bukanlah ‘honeymoon’ dan masa untuk kita bersuka ria. Banyak tanggungjawab yang perlu dipenuhi di samping menjaga kesihatan diri!

Carian Yang Berkaitan:

  • cuti bersalin swasta
  • cuti bersalin bagi sektor swasta
  • cuti bersalin kerajaan
  • swasta cuti beranak
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top