Rakyat

Permohonan Cuti Bersalin Swasta 90 Hari, Ini Cara Macam Mana Nak Apply

383
SHARES

Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan permohonan cuti bersalin swasta dari 60 hari kepada 90 hari. Golongan bapa juga akan menikmati cuti ‘paterniti’ (cuti isteri bersalin) selama tiga hari. Timbalan menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata draf pindaan Akta Kerja 1955 telah pun disiapkan dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.

CUTI BERSALIN SWASTA

Berikut beberapa maklumat yang anda perlu tahu tentang maternity leave dan faedah bersalin (maternity allowance). Sebelum ini cuti bersalin bergaji hanya sah untuk tempoh 60 hari berturut-turut (Seksyen 37 Akta Kerja 1955).

Antara yang dibincangkan dalam akta tersebut ialah:

Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh 30 hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita.

(Seksyen 37 (b) AK 1955), cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement).

(Seksyen 37 (b) AK 1955) 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.

Dalam Seksyen 37 (2) (c) jelas menyatakan pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalinnya.

Bermaksud jika anda dibayar gaji sepanjang tempoh cuti bersalin maka anda tidak berhak untuk menuntut elaun bersalin. Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja. Kelayakkan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin.

KENA IKUT AKTA KERJA 1955

Tahukah anda jika mengikut perundangan golongan bapa di sektor swasta tidak layak memohon paternity leave. Berbeza di sektor kerajaan pula di mana golongan bapa menikmati tujuh hari cuti paterniti bergaji manakala segelintir kakitangan kerajaan negeri diberi cuti sehingga 14 hari.

Namun ada syarikat yang memberikan ehsan cuti paterniti 1-3 hari sahaja. Selain paternity leave, antara perkara lain yang dibincangkan dalam Akta Kerja 1955 ini termasuklah:

Pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat.

Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga 5 orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin.

Syarat Kelayakan Untuk Mendapat Cuti 90 Hari

Ini adalah beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan anda mendapat kemudahan ini:

-Bersalin selepas hamil 22 minggu.

-Satu kesalahan kepada majikan jika memberhentikan perkerja di dalam tempoh bersalin.( Kecuali syarikat ditutup).

-Terhad kepada 5 orang anak untuk mendapat elaun.

-Tidak dibolehkan bercuti 30 hari lebih awal daripada tempoh bersalin.

-Jika perkerja wanita tidak ingin mendapat rawatan, ianya boleh dibatalkan kelayakan mendapat elaun.

MACAM MANA NAK BERI NOTIS CUTI BERSALIN?

Mengikut undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan tentang kehamilan anda sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh bersalin.

Notis rasmi ini perlu dihantar ke majikan anda dan jabatan sumber manusia tempat anda bekerja. Kegalalan memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat faedah cuti bersalin serta elaun. Semoga anda jelas tentang cuti bersalin swasta ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×