Hebahan

Belanjawan 2020: Antara 13 Intipati Yang Dapat Perhatian Termasuk Cuti Bersalin 90 Hari

150
SHARES

Bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’, Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini berasaskan kepada empat teras utama. Selain Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dana Ekonomi Baharu dan Era Digital Pelaburan Ke Atas Rakyat, teras lain ialah Meningkatkan Keupayaan Modal Insan, Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif dan Saksama Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam​​​​​​ .

ANTARA HIGHLIGHT KEPADA BELANJAWAN 2020

1. Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 bilion bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) dan memperluaskan skim itu meliputi 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

2. Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021. Menurutnya, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Kredit :freemalaysiatoday

3. Skim perlindungan MySalam akan diperluaskan mulai 1 Januari 2020 kepada tiga kategori antaranya ke atas 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit sedia ada. Guan Eng turut mengumumkan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) dilancarkan bagi menyediakan pemeriksaan dan intervensi awal bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti kesihatan mental serta kanser untuk mereka yang berusia antara 50 hingga 60 tahun.

4. Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru Kafa.

5. Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dihapuskan sepenuhnya Jun tahun lalu.

6. Rakyat kini boleh menikmati diskaun tol sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad mulai tahun 2020. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, diskaun tol itu akan memberikan penjimatan kepada pengguna lebuh raya tersebut sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020 dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.

Beliau berkata, jemaah menteri juga sedang menimbang kesemua cadangan termasuk daripada Khazanah Nasional Berhad untuk mengambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia Berhad.

MANFAAT UNTUK KAKITANGAN AWAM

7. Kakitangan awam ditawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

8. Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu belia memiliki rumah pertama. Melalui kerjasama sektor swasta, kerajaan juga melancarkan Kempen Pemilikan Rumah di mana pemaju menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10 peratus untuk hartanah yang layak dan akan dipadankan dengan pengecualian duti setem.

9. Kerajaan umumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan, turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan dibayar sebelum akhir 2019.

10. Kerajaan sediakan skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki bantu pembeli yang tidak mampu bayar deposit 10 peratus, sukar dapat akses pembiayaan pembelian rumah.

PROGRAM SUBSIDI PETROL & #WANITAKERJA

11. Program Subsidi Petrol Bersasar: setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak, akan berhak menerima PSP untuk satu kenderaan sahaja

Kelayakan kenderaan:

1) Kereta dengan kapasiti enjin <1,600cc dan ke bawah

2) Kereta dengan kapasiti enjin >1600cc yang berusia lebih 10 tahun

3) Motosikal dengan kapasiti enjin <150cc 4) Motosikal dengan kapasiti enjin >150cc yang berusia lebih 7 tahun

– Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol sebanyak RM30/bulan untuk pemilik kereta atau RM12/bulan untuk pemilik motosikal. Dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

– Bagi pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, Kad95 membolehkan mereka menikmati subsidi 30sen/liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.

– Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter.

– Pemandu kenderaan di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati siling harga petrol bersubsidi pada RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

12. Inisiatif #WanitaKerja dijangka mewujudkan 33,000 pekerjaan bagi wanita berumur 30 hingga 50 tahun yang berhenti kerja setahun atau lebih.

13. Program i-Suri ditambah baik tahun depan bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun KWSP isterinya.

Sumber : Berita Harian, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×