Kerjaya

CIMB Tawarkan Cuti Bersalin 6 Bulan Bagi Anak Sulung

4K
SHARES

Wah, seronoknya!

Baru-baru ini CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) telah mengumumkan faedah cuti bersalin selama enam bulan bergaji khas untuk kakitangan mereka yang pertama kali bergelar ibu.

Ia telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 ini bagi semua pekerja CIMB di Malaysia.

Cuti Boleh Diambil 30 Hari Sebelum Tarikh Jangkaan Bersalin

Memetik daripada Berita Harian Online, Ketua Pegawai Kakitangan Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, tempoh cuti berkenaan boleh diambil kira-kira 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

“Mereka yang pertama kali bergelar ibu boleh menikmati faedah ini 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin. Malah, ia boleh dilanjutkan dengan mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan yang turut ditawarkan kepada kakitangan bagi membolehkan mereka menjaga anak sulung sehingga berusia setahun”.

Faedah yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pendekatan holistik Kumpulan dalam menguruskan modal insan.

Faedah cuti ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan berbeza dalam setiap fasa kehidupan mereka yang sedang menyesuaikan diri menjadi ibu bapa baharu. Ia dipercayai dapat memupuk budaya keibubapaan tanpa perlu meninggalkan kerjaya sedia ada.

cuti bersalin suami

Foto Kredit: alfa-img.com

Bapa Pun Dapat Cuti Sebulan

Jika cuti 6 bulan ditawarkan bagi pekerja wanita yang pertama kali bergelar ibu, kakitangan CIMB yang pertama kali menjadi bapa pula layak mendapat cuti selama sebulan seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

Selain manfaat cuti bersalin bergaji ini, CIMB turut memberi kelonggaran kepada kakitangan yang mempunyai anak berusia kurang lima tahun atau berkeperluan khas untuk bekerja dari rumah sehari dalam seminggu.

Difahamkan sebelum ini, Digi adalah syarikat terawal di Malaysia yang menawarkan cuti bersalin bergaji selama 6 bulan.

Untunglah!

Walaupun terhad untuk anak pertama, lngkah yang diambil oleh CIMB ini dilihat sebagai tindakan yang sangat positif dalam menggalakkan lagi penyertaan wanita di alam kerjaya.

Buat masa ini kebanyakan pekerja di syarikat swasta dan kakitangan kerajaan diperuntukkan sekitar 2-3 bulan cuti bersalin.

Bagi first time mother, peruntukan cuti bersalin selama 6 bulan tentunya dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih baik di samping membantu membuat persiapan menyeluruh dari segi keperluan fizikal serta emosi sebelum kembali ke tempat kerja.

Tapi mungkin ada yang rasa cuti terlalu lama menjadikan wanita kurang produktif dan boleh membebankan majikan. Jadi, apa kata anda?

*Kredit foto & sumber berita: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×