40 Minggu

Senarai Barang Keperluan Bersalin & Berpantang Untuk Mama ‘Standby’ Seawal 7 Bulan

barang keperluan bersalin

Bagi first time mom yang bakal melahirkan tak lama lagi, mungkin anda tertanya-tanya apa agaknya barang keperluan bersalin yang perlu disediakan selain pakaian dan lampin bayi.

Dalam perkongsian kali ini, Puan Izdihar berbesar hati berkongsikan dengan kami checklist yang amat berguna untuk rujukan anda antaranya beg hospital, keperluan bayi, keperluan berpantang serta peralatan menyusu.

Mari kita tengok semua senarai itu selengkapnya di bawah ini.

Senarai Barang Keperluan Bersalin & Berpantang Untuk Mama ‘Standby’ Seawal 7 Bulan

Orang tua-tua pesan jangan beli barang baby awal sangat, dalam 6-7 bulan ke atas. Bagi first time mom, seeloknya boleh mula pek barang dan sediakan beg hospital seawal 7 bulan lagi. Just in case of early delivery atau apa-apa perkara yang tak dijangka.

Boleh sediakan dan beli barang ini sikit-sikit, ikut kegunaan dan bajet anda ya.

1. Dokumen Wajib Untuk Pendaftaran

Wajib bawa dokumen ini ke mana-mana sahaja bila dah dekat dengan due date. Bak kata nurse buku pink tu dah macam IC awak, bawa ke mana sahaja anda berada.

1. Buku Pink Check-up
2. IC: Isteri
3. Kad Nikah/ Sijil Nikah (Hospital kerajaan selalunya minta)
4. Duit Deposit Hospital/ Cash in Hand (jika perlu): suruhla suami spare siap-siap dalam wallet supaya tak kalut nak cari mesin ATM

Inilah yang selalu orang panggil, Buku Merah!

2. Beg Labour Room (Hospital Kerajaan)

Buat 2 beg: 1 untuk Labour Room & 1 untuk keperluan di Wad selepas bersalin

Nota: Beg untuk labour room ini agak extensive, sesuai untuk ibu-ibu yang ditahan wad sebelum bermulanya contraction sebab jalan lambat buka. Tapi kalau dah pecah ketuban di rumah, tak payahlah angkut beg labour room ni. Boleh pilih barang yang penting saja contohnya:

1. Maternity Pad
2. Panties
3. Diapers
4. Baju baby (berbutang depan – senang pakai)

Bagi yang pergi ke hospital awal dan nak standby takut kena tahan wad, bolehlah sediakan beg macam dalam senarai ini:

[LABOUR ROOM – MOMMY]

1. Maternity / Overnight Pad (2-3 pcs): Saya tak biasa beli maternity pad, selalu guna overnight pad yang 32-35cm.
2. Baju + Kain Batik/Skirt (1 set) – biasa hospital suruh tukar baju & kain hospital. Tapi saya senaraikan just in case dalam perjalanan atau waktu menunggu baju basah pecah ketuban.
3. Sweater (1 pc)
4. Panties / Disposable Panties (1-2 pcs)
5. Nursing Bra / Nursing Pad (1 pasang)
6. Face Towel/ Towel
7. Toiletries Mini Kit (1 set): To freshen up
8. Energy Bars (3-5 pcs): Selalunya saya beli Snickers/ Mars/ kurma sebab senang nak makan dan bagi tenaga
9. Selusuh (VCO) : Saya mula ambil VCO 1-2 sudu/hari masa 33 minggu dan sapu di bahagian perineum
10. 3-in-1 (1-2 sachets): Milo/ Horlicks Cereal, ikutlah apa yang mommies suka
11. Selipar (1 pasang)
12. Stokin (1 pair)
13. Minyak Panas
14. Tisu (1 pek)
15. Al-Quran/ Doa-doa mudahkan bersalin
16. Telekung
17. HP/ Charger/ Powerbank

[LABOUR ROOM – BABY]

1. Baju Lengan Panjang (1 pc): Seeloknya yang ada butang depan sebab newborn ada tali pusat, senang nak pakaikan
2. Seluar Panjang (1 pc)
3. Mitten & Booties (1 pair)
4. Newborn Diapers (1 pc)
5. Towel
6. Blanket / Napkin: Saya prefer selimut yang ada hoodies, kalau tak kena sediakan baby hat
7. Toiletries (Mini Kit): Biasanya hospital tak guna pun, tapi bolehlah sediakan travel sachet Head to Toe saja

Lepas dah selamat lahirkan bayi, ini pula keperluan yang boleh anda standby bagi kegunaan di wad, sekurang-kurangnya untuk 1-2 hari.

[WARD ROOM]

Sediakan set yang sama dengan checklist for Labour Room.

Cuma tambahkan:

1. Baby Wipes
2. Baby Pillow
3. Toiletries (Shampoo/ Body Wash/ Minyak Telon/ etc.)
4. Cotton Balls
5. Cotton Buds
6. Nursing Butter
7. Pinggan/ Gelas/ Sudu/ Garfu
8. Thermos
9. Laundry Bags (2 unit): Letak baju kotor

3. Senarai Keperluan Untuk Penyusuan

Untuk ibu menyusu dan bekerja, penting untuk buat stok sebelum mula kerja. Jadi, kenalah sediakan barang-barang ni:

1. Steriliser: Ada banyak brand korang boleh beli. Memang lepas basuh botol campak dalam ni.

2. Breast Pump: I just bought Medela Freestyle, been eyeing for this brand for so long actually. Tak sabar nak guna . Masa Azeem & Azalea iz guna Philips Avent Single Electric Pump. Mmg very handy, sbb dia boleh pump on the go, i use with rechargeable battery. Ke mana-mana shj iz pump. Cuma single pump nie consume a lot of time (45 min to allocate for my pumping session); 2-3 times/day kat office. Dalam kereta 1 time sbb hubby sent me to work, so boleh 1 session. Kena korban masa lunch utk pump kalau banyak kerja on that day. Before & After work in the car masa nak drop/ pick up baby from day care terus direct feed je.

3. Freemie Collection Cup: Yang ni pun saya baru beli sebab terpengaruh dengan review, boleh pam kat meja ofis. Mama nak buat 2-in-1 multi task la kononnya.

4. Cooler Bag

5. Milk Storage bottles/ Zip Lock

6. Bottles Liquid Wash

7. Feeding Bottles: Anak-anak saya guna Philips Avent dari dulu. So saya beli yang sama untuk anak ketiga ni juga

8. Nursing Butter: Sepupu yang mula recommend guna Palmers Cocoa Butter, dan sejak anak pertama saya guna ni. Memang sangat bagus untuk cracked nipples / puting melecet. Selalunya pakai dalam 1-2 minggu pertama sebab baby belum pandai hisap.

9. Ice Bricks/ Ice Pack

10. Nursing Bra: Saya beli Autumnz

11. Nursing Pad: Saya beli Autumnz yang reusable

12. Sticker Labels: Kalau nak letak tarikh pada botol EBM

13. Milk Warmer: Saya beli Philips Avent Warmer, senang nak panaskan EBM

4. Barang Keperluan Berpantang

Ini pula antara barang yang yang saya gunakan dalam tempoh 44 hari. (Pantang makan, urut, tungku, tangas, bengkung tu semualah).

1. Bengkung: Beli dua jenis (1 yg tali tue kalau ada Confinement Lady bolehla tolong pakaikan, klu nak senang pakai sendiri saya guna jenis Velcro ada 3 strap)

2. Maternity / Overnight Pad

3. Kain Batik

4. Mandian Herba: TYT (RM7/ 2 sachet). Saya tak beli banyak sebab nanti Confinement Lady akan sediakan tiap-tiap hari.

5. Set Bersalin: Saya beli Air Mancur (RM65-75); complete 44 days jamu, pilis, tapel, minyak telon, etc. Biasanya tak habis guna pun.

6. Face/Body Scrub: Bunga Tanjung Herbanika Skrub/Masker Herba Tradisional (RM5/pek; nak jimat beli sedozen RM48).Saya memang dah guna sejak umur 12 tahun. Jerawat pun susah nak hinggap.

7. Minyak Panas: Nona Roguy (RM40-58). Untuk urut kat tapak kaki, betis, bahu, etc. First time nak try sebab baca review kata bagus.

8. Slimming Cream: Nona Roguy Krim Barut (RM34-45)

9. Feminine Wash: Fadaraj (RM13-15)

10. Tungku + Kain Buruk

Lain-lain (tak ada dalam gambar)

11. Pemanggang: Iz beli pemanggang ajaib Are Ikan (RM122). Beli online supaya senang nak bakar ikan/daging nanti.

12. Periuk Tanah: kalau tak ada periuk biasa yang besar pun ok.

13. Socks

14. Baldi/ Gayung (untuk rebusan mandian)

Semoga Semuanya Elok-elok Saja

Itulah antara senarai barangan yang boleh anda ‘standby’ untuk keperluan masa bersalin dan berpantang selepasnya nanti.

Good luck to all mommies and daddies Hope this helps. Early preparation is very good because the struggle is real. 

– Izdihar Mohd Noor

 

*Perkongsian oleh Puan Izdihar Mohd Noor ini disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk berhubung dan mengikuti lebih banyak perkongsian beliau, follow FBnya di SINI.

Yang Popular

To Top