Famili

Pengasuh Kata Anak Terjatuh, Rupanya Kesan Gigitan & Cakaran

1.7K
SHARES

“Sampai je rumah pengasuh dan tengok si techik tu, Allahuakbar! Rupanya, lagi teruk dari dalam gambar ..Mama rasa nak nanges hui!! Pengasuh dah banyak kali minta maaf sebab katanya tak sempat nak sambut dia sebelum jatuh.”

Ia adalah sebuah perkongsian daripada Puan Fazira Salleh yang diharap dapat memberi pengajaran kepada semua, tidak kiralah anda sebagai ibu bapa mahupun pengasuh.

Anak suka menggigit 2

Kesan selepas beberapa hari kejadian.

Pengasuh Maklumkan Anak Terjatuh, Ingatkan Tak Serius

Berikut adalah detik-detik awal bagaimana Puan Fazira dimaklumkan atas kejadian yang berlaku kepada anaknya.

“Saja nak berkongsi, tiga hari lepas tengah meeting kat opis, tiba-tiba dapat watsep dari pengasuh. Pengasuh mintak maaf dan katanya si techik umar jatuh masa main dalam play yard. Jatuh atas mainan-mainan keras katanya. Memula tengok gambar yang pengasuh hantar, rasa macam tak serius, dan dalam gambar nampak merah2 kat pipi je dan luka sikit dekat pinggang…ye la sebab si techik tu memang lasak…”

Tapi benarkah kesan ini terjadi akibat terjatuh? Bukankah selalunya terjatuh akan ada kesan lebam atau sedikit luka pada satu bahagian saja?

“Hmm. Dan kesan merah2 tu makin lama, makin terang dan BANYAK sampai kat kulit kepala dan belakang leher pun ada! Macam kena dera ..tak pun macam kena belasah dengan sekumpulan gengster..huhuu”

anak suka menggigit 3

Banyak kesan kemerahan di bahagian muka dan kepala timbul. Betulkah akibat terjatuh?

Kesan Gigitan Di Bahagian Belakang Anak

Oleh kerana rasa tidak sedap hati, Puan Fazira bertanya dan membelek lagi tubuh badan anaknya yang semakin kemerahan.

Pada masa yang sama, akhirnya pengasuh memberitahu bahawa terdapat seorang anak suka menggigit di situ yang berada di bawah jagaannya. Jelas kelihatan kesan gigitan di bahagian belakang anaknya.

Menurut pengasuh itu lagi, ada juga anak-anak lain yang telah menjadi mangsa gigitan anak tersebut.

Apa tindakan Puan Fazira selanjutnya?

“Tapi tak mau la tuduh sebarangan kan. Sebelum gerak dari rumah pengasuh tu, dia siap bagitahu kalau jemah nak report pasal penderaan pun tak apa, report la…dia ok sebab memang dia tak dera si techik saya tu…si pengasuh tu pun sambil nangis2, dia mintak mahap byk2 kali.

Sedih pulak dengar! Jemah kan hati tisu..sobss”

anak suka menggigit 1

Kesan gigitan di belakang menimbulkan reaksi terhadap seluruh badan, terutamanya di bahagian muka dan kepala.

Terus Dibawa Ke Klinik

Atas nasihat Encik Suami, mereka membawa anak kecil untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dikhuatiri ada pendarahan dalaman atau kecederaan lain yang tidak boleh dilihat secara fizikal.

Di klinik, pegawai kat kaunter pun sempat menegur… “Dahsyat sangat tengok muka si kecil. Macam kena seret kat jalan raya.”

Lepas berjumpa dan mendapat penerangan doktor, Alhamdullillah…doktor mengesahkan memang betul lebam dekat pipi dan luka belakang telinga akibat impak atau cakaran, dan belakang badan pula memang kesan gigitan.

Salah satu perkara yang baru mereka ketahui, kesan-kesan kemerahan yang banyak di keliling muka dan kepala itu sebenarnya timbul kerana reaksi terhadap pada gigitan tersebut.

Legalah sedikit rasa hati Puan Fazira dan suaminya.

anak suka menggigit 5

Di klinik, kesan kemerahan semakin banyak sehingga ke bahagian kepala dan kaki.

Reaksi Kemerahan ‘Urticaria’ Timbul Akibat Gigitan

Dari segi istilah doktor, reaksi ini digelar ‘URTICARIA’.

Bagaimana membezakan reaksi gigitan ini dengan lebam kena pukul?

Ini yang diterangkan oleh doktor kepada Puan Fazira:

Ia boleh diteliti pada pattern kemerahan yang timbul: Jika urticaria, pattern tepi2 dia tak sekata (tak smooth, macam peta kat bantak buchuk tu la). Tapi, kalau lebam, tepi dia macam satu line gitu. Kalau kena pukul dgn apa2 objek atau mainan pulak..bentuk lebam yg timbul jugak akan ikut shape objek atau mainan tu.

anak suka menggigit

Contoh reaksi alahan atau ‘urticaria’. / Foto Kredit: pinterest.com

Semoga Menjadi Pengajaran Buat Semua

Kami memang boleh bayangkan betapa risaunya melihat anak dalam keadaan yang sungguh mengerikan. Lebih-lebih lagi anak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Walaubagaimanapun, diharap agar ibu bapa dapat mencontohi Puan Fazira Salleh yang membuat tindakan bijak untuk membawa anaknya mendapatkan di klinik terlebih dahulu.

Dengan pengesahan doktor, barulah anda berhak menentukan tindakan selanjutnya.

“Sebagai mak bapak yang penyayang lagi bertatasusila, jangan nak sembur teruih pengasuh kalau tiba-tiba rupa anak kau macam kena pukul dengan gengster. Nampak memang macam kesan kena dera..tapi cuba tanya dan bincang baik2 dulu. Ya, mmg masa tu kita dalam keadaan yg sedih dan MARAH sangat! Tapi, cuba2 la kawal ya..
Jika ragu-ragu, sila dapatkan nasihat dan pandangan pakar dulu. Sebab kadang-kadang apa yang kita tengok dan percaya, bukan lah 100% betul. Tapi..kalau doktor sahkan betul anak korang kena pukul atau kena dera, sila roger jemah cecepat! Jemah nak ikut korang pergi SERANG rumah dia. Hahahaaa!!”

Bagi pengasuh pula, kadangkala mereka telah berusaha sebaiknya untuk menjaga anak-anak kita. Namun, siapa sangka dalam sekelip mata anak kecil itu dapat melakukan sesuatu yang di luar kawalan.

Jika sedia maklum dengan karenah anak suka menggigit atau memukul, pastikan anda melakukan sesuatu untuk menanganinya. Setidak-tidaknya, sila maklumkan kepada ibu bapa anak kecil tersebut.

Seperti yang ditegaskan oleh Puan Fazira,

“Yang penting, tolong jangan tinggal kan anak-anak kecil ini tanpa pengawasan dalam masa yang lama. Kami sangat-sangat hargai pengorbanan anda!”

umar 8

Semoga adik Umar lekas sembuh setelah mendapatkan rawatan.

Tabiat Anak Suka Menggigit Perlu Ditangani!

Semestinya tabiat anak yang suka menggigit ini perlu ditangani, lebih-lebih lagi jika anda meletakkan anak-anak di bawah penjagaan orang lain.

Ia bukan sahaja merupakan tabiat yang tidak elok, malah dapat mencederakan orang lain.

Tahukah anda, gigitan manusia dianggap berbahaya kerana mulut mengandungi bakteria yang boleh menyebarkan jangkitan.

Ia juga juga boleh menyebabkan luka yang dalam dan berisiko untuk masalah kulit yang lain.

Akhir kata daripada Puan Fazira,

Dan kepada mak ayah semua, kalau ada dengar aduan pasal anak2 anda ni jenis yang suka menggigit dan tak nak berkongsi atau suka rebut barang, sila nasihat anak2 anda slow2. Didik dia untuk berkongsi barang dan jangan suka berlagak gangster k. Wops! ??? Okbai.

P/s: sekarang dalam usaha nak hilangkan parut2 hitam dan luka2 keliling muka si techik umar. Ya Allah! Kembalikanlah muka kpop anakku..aminnn!! ?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×