Bukan mudah mendapatkan pam susu yang sesuai dengan kegunaan ibu-ibu, terutamanya yang bekerja dan aktif di luar. Berikutan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh ibu menyusu, Willow telah memperkenalkan sebuah pam susu yang bakal mengubah segala-galanya!
Nak tahu apa ciri Willow Smart Breast Pump ini hingga ia menjadi idaman setiap ibu menyusu?
5 Ciri Pam Susu Willow Yang Menjadi Gajet Kegilaan Setiap Ibu
Berikut adalah cirinya yang dimodenkan dan sekaligus merevolusikan penggunaan pam susu yang sekarang.
1. Rekabentuk Kompak
Seperti yang anda lihat, rekaan saiznya yang kecil dan kompak, iaitu sekitar sebesar tapak tangan ini amat praktikal berbanding dengan pam susu biasa.
Pam ini menggunakan kuasa bateri dan setiap kali dicaj selama 20minit, pengguna dapat mengulangi sekurang-kurangnya 5 sesi perahan. Di dalam pam tersebut terdapat beg penyimpanan susu dengan isipadu 4oz. Ia juga senang dicuci dan mesra ‘dishwasher’.
2. Tiada Wayar Mahupun Tiub, Tiada Tumpahan!
Dengan rekabentuk kompak, pam susu ini sama sekali tidak memerlukan sebarang wayar mahupun tiub. Memang apa yang anda lihat itulah yang bakal anda gunakan!
Tak perlu nak serabut lagi mencari ‘power plug’, tiada lagi proses menyambung / menuangnya ke dalam botol, dan sebagainya. Malah, anda tidak memerlukan bra yang khusus untuk menggunakannya. Apabila dipam, susu badan akan terus masuk ke dalam beg susu yang terdapat dalam pam susu tersebut. Mudah, bukan?
Ini adalah antara ciri yang amat istimewa berbanding pam susu yang terdapat di pasaran sekarang.
3. Ianya ‘Hands-Free’
Selama ini, teknologi pam susu yang paling canggih mempunyai ciri ‘hands-free’, namun ia masih terikat dengan wayar dan tiub yang bersambungan. Jadi, ia kurang berkesan untuk dipakai secara sembunyi di tempat-tempat awam seperti di pejabat. Malah, ia juga memerlukan bra menyusu yang khusus untuk menyokong wayar tersebut.
Berbeza dengan inovasi pam susu Willow, pergerakan anda tidak akan terbatas dan anda hanya perlu menyelitkannya ke dalam bra secara sembunyi tanpa sebarang tiub atau wayar. Semasa ditemuramah, mereka yang mencubanya mengatakan bahawa saiznya akan menampakkan payudara anda sedikit besar berbanding biasa, namun hanya keluarga dan rakan terdekat saja yang perasan apabila mereka memakainya.
Malah, secara peribadinya saya menganggap ciri ini memberi ‘plus point’ kepada wanita bertudung atau biasa berpakaian longgar di Malaysia – kerana sudah tentu tiada masalah untuk menyorokkannya di bawah pakaian!
4. Sangat Senyap
Pam susu Willow ini tidak mengeluarkan bunyi getaran yang kuat. Bukan sekadar di tempat kerja, malah ia sesuai untuk digunakan dalam sebarang majlis mahupun mesyuarat.
Menurut John Chang, co-founder dan CTO Willow, “Apa yang kami harapkan adalah transformasi untuk para ibu, supaya mereka tidak perlu menghentikan apa saja yang mereka lakukan untuk mengepam.”
“They can plug into life, not plug into the wall,” tambahnya lagi.
5. Dilengkapi Dengan Aplikasi Smartphone
Lengkap dengan unsur futuristik, dapat mengesan ‘let-down reflex’ secara automatik waktu tubuh anda boleh menghasilkan susu badan. Malahan, anda boleh memantau berapa jumlah susu yang telah diperah melalui aplikasi smartphone.
Jadi, anda tidak perlu lagi mengatur waktu untuk mengepam susu selepas ini kerana terdapat aplikasi yang akan meningatkan anda untuk berbuat demikian!
Menariknya! Berapa Harga Pam Susu Ini Agaknya?
Harga pam susu ini adalah $430 (sekitar RM 1,900) dan bakal dipasarkan dalam bulan Mac-April 2017. Nampak mahal, tapi jika dibandingkan dengan pam yang sedia ada, sebenarnya ia tidaklah begitu mahal. Contohnya, pam susu jenama Medela Freestyle juga dipasarkan dengan harga sekitar RM1800 buat masa ini.
Willow Smart Breast Pump telah mendapat kelulusan FDA (US Food & Drug Administration) dan mempunyai kualiti keselamatan untuk digunakan oleh semua ibu menyusu. Jadi, cepat masukkan pam susu ini ke dalam ‘wish list’ anda!