Famili

4 Jenis Perubahan ‘Drastik’ Kelakuan Anak Bila Masuk Umur 2 Tahun

1.5K
SHARES

Sama ada perasan atau tidak, anak anda yang sudah memasuki umur 2 tahun mestinya banyak perubahan kelakuan yang ditunjukkan kan? Kalau sebelum ini, menurut saja apa yang anda katakan, makan saja apa pun jenis makanan yang anda suapkan, tak pernah marah tentang sesuatu perkara yang anda larang.

Tapi, bila menjangkau usia 2 tahun, semuanya berubah! Perkara yang ‘betul’ bagi anda adalah ‘salah/tidak’ baginya. Emosinya sangat cepat berubah dan sering tantrum (mengamuk) jika tidak dapat apa yang dikehendaki. Bahkan, sudah pandai memukul, menggigit, melempar barang-barang jika rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

Foto: Parents Magazine

Mental dan fizikal anak sedang berkembang

Sebenarnya, perubahan kelakuan anak ini adalah disebabkan daya analisis perkembangan mental dan fizikal yang sedang berkembang. Perkembangan ini membuatkan anak mudah mempelajari apa sahaja yang dia lihat dan mencontohinya.

Bukan itu saja, fasa ini juga membuatkan anak anda mudah menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan pelbagai cara sehingga boleh membuatkan ibu bapa ‘naik angin’ dan memarahinya. Bila kena marah, menangis pula! Lama-lama anda sendiri yang stress.

Foto: CARI Infonet

Ibu bapa perlu memahami apa yang anak mahukan

Perubahan kelakuan anak pada fasa ini adalah normal yang dilalui oleh semua ibu bapa. Apa yang penting, anda perlu tahu cara untuk memahami apa yang anak mahukan dan menenangkannya. Penulis senaraikan 4 jenis kelakuan yang biasa anak buat bila menjangkau usia 2 tahun.

1. Merengek

Bila dengar anak merengek, janganlah memarahinya. Bagi kanak-kanak, merengek adalah cara untuk meluahkan kekecewaannya. Ambil tahu apa maksud rengekkan tersebut. Peluk dan bertanya dengan nada lembut ‘kasih sayang’ tentang apa yang anak mahukan.

Anda juga perlu memberikan sebab kenapa anda melarang atau tidak membenarkan dia untuk melakukan sesuatu perkara. Cara ini dapat membuka minda anda tentang perkara yang salah dan perkara yang betul.

2. Sering marah

Foto: Mishpacha.com

Jangan terkejut, jika anak anda sudah pandai marah-marah! Ia adalah sesuatu yang normal ya. Anak anda akan mudah marah sehingga menyebabkan tantrum. Lagi-lagi tak dapat apa yang diinginkan, memang mengamuk tak tentu pasal.

Bila anak tantrum pula, berkemungkinan dia akan menjerit kuat di khalayak ramai atau memukul-mukul. Ini terjadi kerana, anak berasa kesal dan tidak selesa. Keadaan ini juga merupakan inisiatifnya untuk meluahkan perasaan.

Cara untuk atasi anak yang sedang marah dan tantrum, anda perlu tahu puncanya. Adakah anak anda lapar, bosan, ataupun penat. Tariklah perhatian anak anda dengan apa sahaja cara untuk meredakan kemarahannya.

3. Melanggar peraturan

“Nanti dah habis main kemas ya!”

Itu antara salah satu peraturan yang mudah biasanya diutarakan kepada anak. Sekiranya anak melanggar peraturan, janganlah marah dan menengkingnya! Mereka masih kecil dan belum memahami sepenuhnya sesuatu peraturan.

Foto: CARI Infonet

Jika anak tidak mengemas permainan, tak perlu marah sebaliknya mengajaknya untuk mengemas bersama-sama. Masa tengah mengemas, beritahunya semula tentang peraturan yang sudah dilanggarnya. Lama-lama, anak akan ingat dan patuh.

4. Selalu cakap tidak

Pada usia yang baru 2 tahun, anak sudah pandai cakap ‘tidak’ , ‘tak nak’ ataupun dengan menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Kalau anda nak tahu, mungkin anak-anak mempelajari daripada perkataan ‘tidak’ yang biasa diungkapkan oleh ibu bapanya sendiri.

Jadi, anda perlu bertanya kepada anak sebab kenapa ia katakan ‘tidak’ dan apa yang dia mahukan. Elakkan memarahinya ya!

Apapun, perubahan kelakuan yang berlaku dalam diri anak anda adalah sesuatu yang normal dan hadapinya dengan penuh sabar. Sentiasalah memahami keinginan anak. Ingat, anak anda tidak akan ‘kecil’ selama-lamanya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×