Isu kanak-kanak melontarkan tantrum di tempat awam sehingga menggugat keamanan orang di sekeliling sering menjadi topik bualan yang tak pernah ada kesudahannya. Terutamanya di laman media sosial yang sering menjadi ruang perdebatan hangat netizen. Adalah penting buat ibu bapa untuk mengetahui tindakan dan cara menghadapi anak tantrum di tempat umum.
Namun, alangkah baiknya jika masyarakat saling bertoleransi sewaktu berhadapan dengan situasi ini. Bukan senang nak mengawal tingkah-laku kanak-kanak suci ini, tiada siapa yang tahu bila mereka akan bertindak di luar kawalan.
Baca juga: Tempoh Tidur Yang Cukup Berdasarkan Peringkat Umur Anak & Kesan Tidur Lewat
6 LANGKAH MENGHADAPI ANAK TANTRUM

Gambar hiasan: Google.
Justeru itu, mari ikuti 6 langkah menghadapi anak tantrum di tempat awam untuk ibu bapa lakukan sebagaimana pesanan khidmat masyarakat yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.
Ingatlah bahawa tangisan anak adalah sebahagian dari perkembangan anak, dan penting untuk menanganinya dengan kesabaran dan tenang. Jika anak menangis dan membuat bising di restoran ini yang perlu anda lakukan.
CARA MENGHADAPI ANAK TANTRUM DI TEMPAT UMUM
1. TETAP TENANG
Penting untuk kekal bertenang kerana merasa marah atau memarah anak hanya akan memburukkan keadaa
2. PINDAHKAN ANAK
Jika tangisan anak mengganggu pelanggan restoran lainnya, bawa anak keluar atau ke kawasan yang lebih tenang
3. BERIKAN KESELESAAN
Dukung dan peluk anak serta beri kata-kata yang menenangkan.
4. CARI TAHU PENYEBABNYA
Cuba tahu apa punca tangisan anak dan cuba untuk mengatasinya.
5. ALIHKAN PERHATIAN ANAK KE HAL LAIN
Tawarkan benda atau permainan yang membuat anak teralihkan perhatiannya.
6. MINTA MAAF KEPADA PELANGGAN LAIN
Jika tangisan anak mengganggu pelanggan restoran lainnya, minta maaf kepada mereka dan beritahu mereka bahawa anda melakukan yang terbaik untuk mengatasi situasi tersebut.
Sumber: Facebook Public Health