Asuh

Rupanya Kanak-Kanak Normal Pun Boleh Ada Ciri Autism, Perhatikan Anak!

310
SHARES
tanda-tanda autism

Jika anak anda adalah seorang yang normal tetapi anda merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena seperti mempunyai tanda-tanda autism di penerangan bawah, jangan segan untuk merujuk pakar.

Menurut Wawa Shauqi, mereka bukanlah autism tetapi keadaan ini dipanggil sebagai Virtual Autism yang merujuk kepada anak-anak yang punya tanda-tanda Autism. Ini disebabkan mereka kekurangan aktiviti fizikal, stimulasi sensori dan aktiviti sosial akibat penggunaan gajet yang tidak terkawal.

Baca juga: Paracetamol VS Toren, Ubat Mana Perlu Beri Untuk Anak Positif Jangkitan Influenza?

TANDA-TANDA AUTISM PUN ADA PADA KANAK-KANAK NORMAL SEBENARNYA…

tanda-tanda autism

TANDA-TANDA AUTISM PADA ANAK NORMAL

Kanak-kanak normal pun boleh ada tanda-tanda Autism. Antara tanda-tanda yang kita boleh lihat adalah:

  • Speech & language delay.
  • Masalah sensori yang ketara.
  • Tiada eye contact.
  • Kurang kemahiran sosial dan komunikasi.
  • Delay motor skill.
  • Mudah meltdown dan tantrum.
  • Kurang daya tumpuan.

Kalau saya belajar dengan para terapis, mereka pun akui, banyak kes kanak-kanak begini ni dirujuk pada mereka. Mula-mula ingatkan Autism. Rupanya bukan.

DIKENALI SEBAGAI ‘VIRTUAL AUTISM’

tanda-tanda autism

Keadaan ini kita panggil sebagai Virtual Autism. Sebahagian pakar menyebutnya sebagai Pseudo Autism.

Istilah “Virtual Autism” dicipta oleh ahli psikologi klinikal Romania Doktor Marius Zamfir. Istilah ni merujuk kepada anak-anak yang punya tanda-tanda Autism.

PERKEMBANGAN POSITIF DITUNJUKKAN APABILA MEREKA…

Tapi, mula menunjukkan perkembangan positif bila:

  • Anak diasingkan dari gajet pada tempoh tertentu.
  • Anak mula bermain dan diberi peluang bereksplorasi.
  • Mendapat ransangan interaksi dengan penjaga.
  • Diberi intervensi atau rawatan yang diperlukan untuk catch up perkembangan yang tercicir.

OTAK KANAK-KANAK BERKEMBANG PESAT 90% PADA USIA 1 HINGGA 6 TAHUN

Saya suka dengan kata-kata Dr Maria Afzan dalam satu temu ramah ni. Katanya,

“Tempoh kritikal untuk otak kanak-kanak berkembang dengan pesat adalah 1 hingga 6 tahun. Iaitu 90%.

“Tapi, disebabkan penggunaan gajet dan TV, kanak-kanak kurang peluang melakukan aktiviti fizikal, kurang terlibat dalam stimulasi sensori serta ketinggalan dalam aktiviti sosial, maka, perkembangan yang sepatutnya berlaku, tidak berlaku pada anak-anak ini.”

Sangatlah tepat. Banyak kajian dah dibuat mengesahkan kesan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak.

KESAN GAJET KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK:

tanda-tanda autism

1. KESAN TERHADAP EMOSI

Kanak-kanak kurang penyabar, mudah mengamuk dan susah ditenteramkan. Later in life, kanak-kanak ini mudah diancam kemurungan.

2. KESAN TERHADAP FIZIKAL

Tiada minat untuk bermain, masalah sensori seperti penggeli yang keterlaluan, gayat dan mudah muntah bila lakukan aktiviti fizikal, kekok bila pegang peralatan atau main menggunakan tangan dan sebagainya.

3. KESAN TERHADAP SOSIAL

Tak faham konsep giliran, tak boleh berkongsi, tak mampu berempati, tak mendengar arahan dan tak mampu bekerjasama dengan rakan sebaya.

4. KESAN TERHADAP AKADEMIK

Susah fokus, cepat penat menulis, mudah penat bila duduk lama, sukar urus diri dan sebagainya.

JANGAN MALU HANTAR ANAK DAPATKAN RAWATAN DARI PAKAR!

Buat mak ayah yang perasan ada sesuatu yang tak kena pada anak, bertindaklah. Bantu anak dengan serah pada tangan pakar yang boleh membantu.

Jangan takut anak dilabel tidak normal. Sebaliknya, fikirkan struggle yang mereka alami di kemudian hari kalau tak dibantu dari awal.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×