Asuh

Bimbang Bila Panggil Nama, Anak Tak Pandang & Eye Contact Tiada, Bertenang Buat Ini Dulu!

101
SHARES
eye contact

Apabila anak-anak tidak membuat eye contact sewaktu bercakap, kebarangkalian timbul rasa risau kepada ibu bapa sudah pasti ada. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu tanda yang didiagnosis oleh doktor sebagai autism atau speech delay.

Melalui perkongsian OT Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, kanak-kanak autism tidak boleh dipaksa untuk membuat eye contact. Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui sebabnya dan cara meningkatkan eye contact si manja.

Baca juga: Kategori & Saiz Makanan Ibu Bapa Kena Peka, Elak Anak Bawah 4 Tahun Berisiko Tercekik

EYE CONTACT TIADA DIAGNOS ANAK AUTISM & SPEECH DELAY

eye contact

EYE CONTACT & AUTISM (& speech delay).

Biasanya kalau kita ada anak autism, antara perkara paling biasa kita nampak adalah kurangnya eye contact diberikan oleh anak tersebut. Dan ramai juga anak-anak yang doktor diagnos sebagai speech delay pun kurang eye contact ni. Sampai ramai sangat parents yang jadi risau.

“Macam mana nak minta anak beri eye contact?”

“Anak saya bagi eye contact 1-2 saat je, lepas tu tak nak dah”

Jadi, memang perlu ke kita minta anak beri eye contact ni? Adakah eye contact ni priority bila kita nak buat intervensi, atau bila kita nak berkomunikasi dengan anak?

Kalau ikutkan beberapa pakar dalam bidang autism, anak-anak autism ni kita tak boleh paksa eye contactnya. Sebab ianya akan buat kita:

  1. Buang masa pada satu kemahiran mikro sehingga kita tak perasan keperluan kita melatih dia dalam kemahiran-kemahiran lain.
  2. Stress sebab anak-anak autism, memang ramai yang sukar berikan eye contact, tapi sebenarnya mereka melihat secara peripheral. Maksudnya, mereka tengok kita, tapi tak direct dekat mata.

KUNCI KANAK-KANAK TERLIBAT DENGAN SEKELILING ADALAH PENGLIBATAN SOSIAL

Jadi, kenapa ramai Occupational Therapist concern tentang anak-anak yang tiada eye contact? Sebabnya…semasa kita merangsang anak untuk berikan eye contact, kita sebenarnya sedang merangsang sesuatu yang lebih besar iaitu ENGAGEMENT atau penglibatan.

Penglibatan sosial atau social engagement/participation adalah antara kunci kepada bagaimana seseorang kanak-kanak itu mahu terlibat dengan orang sekitarnya. Kita selalu dengar orang kata anak-anak autism ni suka berada dalam dunianya sendiri.

FAKTA EYE CONTACT ANDA PERLU TAHU!

Jadi, bila kita nak melihat kepada eye contact, lihat ini:

1. Eye contact tak boleh dipaksa. JANGAN pegang pipi, paksa pandang. Itu semua BIG NO. Ingat: kita nak anak sendiri yang rasa mereka perlu pandang. This is innate motivation. Motivasi dalaman untuk berkomunikasi.

2. Eye contact, walaupun 1-2 saat dalam keadaan yang kondusif untuk rangsang 2-way communication adalah sangat sangat penting dan crucial dalam perkembangan komunikasi anak.

3. Eye contact BUKAN MATLAMAT UTAMA, tapi eye contact boleh galakkan ENGAGEMENT dan jadi tanda keinginan anak untuk berinteraksi dengan lebih aktif.

4. Eye contact yang baik, akan beri peluang lebih mudah untuk anak-anak belajar:

  • mimik wajah: kerut kening, pandangan mata
  • meniru pergerakan mulut semasa bercakap: biasanya, bila anak sudah pandang mata, akan mudah untuk anak gerakkan mata melihat bahagian mulut

5. Eye contact nampak simple, tapi ramai anak-anak yang ada masalah dengan 2-way communication struggle dengan eye contact.

6. Eye contact akan trigger satu benda penting yang kita panggil sebagai “joint attention” atau perhatian bersama. Joint attention adalah kemahiran yang sangat penting untuk kita latih pada anak-anak yang ada speech delay, dan anak-anak yang ada autism.

CARA-CARA MENINGKATKAN EYE CONTACT

eye contact

1. SEMASA MAKAN

Bayi berumur sekurang-kurangnya 5-8 bulan, dapatkan perhatian bayi dahulu dan angkat sudu ke garisan penglihatan antara mata anda dan bayi. Hadiahkan pertemuan mata semasa anda menghalakan sudu ke dalam mulut.

Kanak-kanak prasekolah pula, tunggu mata anda bertemu sebelum berkongsi makanan atau menyerahkan cawan mereka.

2. SEMASA BERMAIN

Anda boleh menggunakan permainan untuk membantu anak anda meningkatkan hubungan mata dan terdapat banyak cara untuk melakukannya. Antranya gunakan senyuman, ketawa, peluk, buat muka dan bunyi lucu dan sebagainya.

3. SEMASA BERBUAL

Apabila anda ingin menarik perhatian anak untuk berbual, sebutkan namanya dan tunggu sehingga dia memandang anda. Jika dia tidak memandang anda kerana memegang mainan di tangannya, perlahan-lahan letakkan tangan anda di atasnya untuk mengalihkan fokusnya. Kemudian panggil namanya semula dan tunggu dia mendongak ke arah anda.

Jika anak anda bercakap secara lisan, anda boleh menggalakkan hubungan mata semasa berbual. Ajar anak anda untuk melihat mata orang apabila bertanya dan memberikan jawapan.

4. SEMASA ANAK MEMINTA SESUATU

Apabila anak anda meminta mainan atau makanan kepada anda, tunggu untuk bertentang mata sebelum menyerahkan apa yang anak anda inginkan.

Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli / Behavior Place

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×