Asuh

Anak Masih Lambat Bercakap, Buat Urutan Mulut Ini, Mudah & Berkesan!

16
SHARES
URUTAN MULUT SPEECH DELAY

Seperti mana kita tahu, anak yang mengalami speech delay mengambil masa untuk bertutur seperti kanak-kanak normal. Ini bermakna si kecil sukar untuk membuat bunyi menggunakan organ seperti lidah, mulut, paru-paru dan peti suara.

Selain mendapatkan rawatan pakar, ibu ayah juga boleh membuat urutan mulut speech delay seperti yang dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim di laman Facebooknya.

Baca juga: Tak Ada ‘Drama Air Mata’ Setiap Pagi Bila Anak Pergi Sekolah, Mak Ayah Guna Teknik Berkesan Ini!

URUTAN MULUT SPEECH DELAY, IBU AYAH KENA CUBA

URUTAN MULUT SPEECH DELAY

Menerusi perkongsian itu, langkah pertama adalah mulakan urutan dengan bahagian luar muka iaitu pipi. Urut secara perlahan-lahan di sekeliling muka.

Bila anak dah mula selesa, ibu boleh mengurut di bahagian atas bibir dan dagu. Berikan sedikit tekanan ketika mengurut di sekeliling mulut. Seterusnya, tekan menggunakann satu jari di atas bibir dan tekan sedikit.

Urutan ini tiada waktu tepat boleh dilakukan kerana sesuai pada bila masa-masa mengikut kesesuaian anak menerima rangsangan itu.

Bila anak dah mula selesa, boleh sambung urutan di bahagian dalam mulut dengan menggunakan jari, berus gigi kecil silikon atau kain.

Caranya adalah, masukkan jari di dalam mulut dan gosok bahagian gusi gigi atas. Ibu juga boleh urut bahagian dalam tepi pipi anak untuk merangsang sensori mereka.

Ulang langkah tersebut selama beberapa kali. Pasti anda akan dapat melihat perubahannya. Selamat mencuba!

Berikut merupakan antara perkara penting yang ibu ayah perlu perhatikan:

– Umur 2 bulan: tidak menggunakan gerak isyarat, seperti menunjuk atau melambai selamat tinggal.

– Umur 18 bulan: lebih suka gerak isyarat daripada berkomunikasi.

– Umur 18 bulan: menghadapi masalah meniru bunyi dan masalah memahami permintaan lisan yang mudah.

– Umur 2 tahun: Hanya boleh meniru pertuturan atau perbuatan dan tidak menghasilkan perkataan atau frasa secara spontan.

– Umur 2 tahun: Tidak boleh mengikut arahan mudah

Jangan biarkan, dapatkan rawatan pakar.

VIDEO PENUH

Baca juga: Ustazah ‘Asma Harun Kongsi 4 Waktu Terbaik Tegur Anak, No 1 Jarang Orang Buat

Sumber: Facebook Aishah Kassim & KidsHealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×